Menuai hasil di pengakhiran Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah

Esok saya bakal memulakan permusafiran saya. Esok juga mungkin hari terakhir kita berpuasa. Malam ini kemungkinan juga terawih terakhir untuk ramadhan kali ini.  Saya risau, bimbang, ini ramadhan terakhir saya.. Tetamu kita ramadhan ini bakal meninggalkan kita semua. Mahu tidak mahu, rela atau tidak, hakikatnya ramadhan pasti berlalu. Setakat mana madrasah ramadhan ini telah berjaya mentarbiyah kita.

Adakah mampu untuk kita istiqamah dengan apa yang sudah dilakukan sepanjang ramadhan? Ya, keberjayaan kita mendapat dan merasai tarbiyah ramadhan adalah dengan melihat adakah mampu untuk kita istiqamah pada bulan-bulan berikutnya.

Kita tanam lada, 40 hari baru dapat hasil, boleh jual. Tanam terung, dua tiga bulan dapat hasil. Tapi keuntungannya tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan. Jika projek yang lebih besar seperti tanam getah, bukan 40 hari tetapi memakan masa bertahun-tahun.

Semakin besar projek tersebut, semakin besar untungnya. Ramadhan 30 hari telah kita lalui, dan hasilnya untuk kita gunakan pada bulan-bulan berikutnya. Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar. Untungnya sangat besar, jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas MATI baru mendapat hasilnya.

Moga-moga kita terus dapat menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput kelak. ameen.

Ya ALLAH, kurniakanlah aku benih hidayah dan cahaya keimanan..

muhasabah di penghujung ramadhan.

Advertisements

One thought on “Menuai hasil di pengakhiran Ramadhan

  1. Alhamdulillah, berkesempatan juga kita melalui Ramadhan kali ini.Betul kata Aqilah, untuk melihat sejauh mana kejayaan kita dalam mendidik diri dibulan Ramadhan adalah dengan melihat pada bulan2 seterusnya.Mudah-mudahan kita semua istiqamah. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s