Ibu: Kasih tanpa sempadan

Bismillahirrahmanirrahim

Cukup-cukup terkesan minggu ini, dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, hingga saya MC beberapa hari. Syukur ada bonda yang menemani ke hospital.

Hari ini saya menerima panggilan daripada sahabat lama.

Rasa rindu juga dengan sahabat lama saya ini, apatah lagi kali terakhir saya bertemu dengannya ketika menziarahinya di rumah mertua sempena menyambut kelahiran baru, Amjad Nafiz.

Lewat malam sebelumnya saya sudah menerima ‘missed call’ daripadanya.

Lain nadanya kali ini.

‘Aqilah, anak saya nak kena operate, sedih sangat’

Perasaan saya berbaur mendengar perkhabaran daripada sahabat saya. cuba meletakkan saya pada situasinya. Ibu mana yang tidak sayangkan anak dan sanggup melihat anaknya dalam kesakitan. Apatah lagi anak yang dikandung 9 bulan 10 hari, normal pada zahirnya rupa-rupanya menghidap penyakit yang serius.

Biliary Atresia.

Penyakit hati yang mempengaruhi bayi yang baru lahir. Kebiasaannya terjadi pada seorang bayi daripada 10 000 orang. Dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak perempuan daripada kanak-kanak lelaki. Jalan penyelesaian hanya melalui kaedah pembedahan. Saluran yang membawa cecair hempedu yang disebut dari hati ke kantung hempedu tersumbat dan kecacatan ini berlaku semenjak bayi lagi.

Saya yakin, sahabat saya cukup kuat untuk menghadapinya. Lama juga saya mendengar dan cuba memberi kata-kata peransang padanya agar terus bersabar menerima dugaanNYA.

Siapa tahu gelojak hati sahabat saya yang satu ini.

Ingin terus hati seorang ibu itu menatap wajah si anak nan manis, hati ibu itu sering ingin memastikanmu nyenyak dalam peraduamu, jangan sampai ada seekor nyamuk pun pasti si ibu membunuhnya.

Kerana tiada lain yang dimahu oleh ibu itu. Agar si anak terus selamat, di dunia dan di akhirat. Tidak ingin dibiar sakit menanggung derita keseorangan.

Namun, begitulah satu dustur kehidupan. Semoga sahabat saya terus tabah menghadapinya. Doa saya sentiasa mengiringinya, insya-allah. Semoga amjad nafiz kembali sembuh, ameen.

9 thoughts on “Ibu: Kasih tanpa sempadan

  1. semoga sabiha tabah menghadapinya…along pun risau sofea tak baik2 lagi dr batuk dan demam…tu baru batuk dan demam, apatah lagi amjad yg menghidapi penyakit serius, along faham perasaan seorang ibu…

  2. Sesungguhnya semua ini adalah datang drp Allah SWT. kepadaNya lah kita bermohon agar segalanya akan selamat. sama2 kita doakan agar Tabahkan hati si Ibu dan anak yang sedang menerima Ujian drp Allah. Semoga cepat sembuh.

  3. kena cari kesalah kita dengan allah.. ana rasa ana penah tegur dulu kesalahan itu tetapi ana pula dihentam.. itu pun kalau tidak silap orang la.. harap maaf kalau silap..

  4. maaf.. ana tarik balik kenyataan.. silap orang.. apa pun kembali kepada allah.. setiap kejadian allah idak akan jadikannya sia2.. msti ada sebab..

  5. Perkembangan sahabat kita sabiha, sekarang menyambut ramadhan bersama Amjad di hospital pulau pinang. Amjad perlu menjalani ‘hida scan’ di sana. masih dalam proses diagnosis. kita doakan moga semuanya selamat. ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s