Mereka bakal ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Sudah dua minggu saya biarkan blog saya kaku tanpa pengisian. Mungkin juga terkesan dengan tanggungjawab yang sedia ada. Hampir tewas untuk meneruskan minat dalam bidang penulisan. Gagasan idea dan penulisan saya sentiasa tergantung dan gagal disudahkan dengan baik. Saya bimbang penulisan saya berbaur emosi yang bukannya memberi manfaat buat pembaca sekalian.

Saya semakin menghampiri hari perpisahan dengan pelajar-pelajar saya. Allahurrabi. Masih banyak hak-hak mereka yang saya belum penuhi. Setiap kali memasuki kelas, setiap kali itu juga saya akan merasa sedih. Melihat kepada wajah-wajah yang bakal saya tinggalkan nanti;.


‘teacher, why don’t you stay here?’

‘teacher, kami tak nak teacher pergi’

Jujurnya saya mula jatuh kasih dengan mereka. Biarpun mereka dari pelbagai bangsa dan agama.

Bila diimbas kembali, diawal praktikum, susah sungguh saya memahami mereka. Mereka semua remaja yang punya potensi pelbagai dan inginkan perhatian. Saya perlu peka dengan setiap perubahan mood dan keinginan mereka. Bukan senang untuk mengendalikannya apatah lagi guru muda yang kurang berpengalaman seperti saya. Syukur, saya tidak sunyi dengan nasihat yang berguna dari guru-guru senior terutamanya guru pembimbing saya sendiri, kak haida.

Empat bulan saya cuba praktiskan segala ilmu dan teori yang diperolehi. Kadang-kadang saya berjaya dan adakalanya saya gagal. Inilah proses belajar yang tiada henti. Yang penting, sebagai guru, perlu bersedia dari mental dan fizikalnya. Kita berdepan dengan individu pelajar yang pelbagai. Perlu bijak menangani setiap cabaran yang mendatang.

Perpisahan ini bukan perpisahan yang terakhir. Saya optimis jika panjang umur, saya bakal berjumpa mereka lagi. Mereka inilah yang bakal saya tinggalkan. Semoga segala ilmu yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka..ameen.

3 thoughts on “Mereka bakal ditinggalkan

  1. Salamun’alaik sahabatku…miss u..hehe
    Ya qilah, mereka bakal kita tinggalkan, dengan seribu kenangan..dengan sejuta pengajaran yang akan menjadikan kita murabbi yang tegar dan berjaya..
    Rasa gembira sebab da nak abis praktikum tetapi ada duka yang melanda..mereka adalah first anak murid kita..btul dop

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s