Dulu lain, sekarang lain

Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Selesai memulangkan semula kertas ujian pelajar-pelajar saya, tiada seorang pun yang menuntut ingin ditambah markah atau diperiksa semula kertas ujian mereka. Saya hairan. Jarang sekali perkara ini berlaku. Kalau dahulu saya dan kawan-kawan di peringkat rendah, menengah mahupun universiti, sanggup membandingkan semula jawapan antara satu sama lain, takut-takut guru silap bagi markah. Malah, ada yang sanggup merayu dengan guru minta untuk ditambahkan lagi markah.

Akhirnya saya yang bertanya kepada mereka.

‘kamu semua puas hati dengan markah sekarang?’

‘puas cikgu’.

Dari markah yang paling rendah, hingga markah yang paling tinggi semuanya menjawab jawapan yang sama, masing-masing puas hati.

‘kamu tak sedih, satu hari nanti, bila anak-anak kamu sendiri bawa balik kertas exam, tapi mereka cuma  dapat gred D, E?’ saya cuba provokasi lain pula.

‘tak cikgu, parent saya sendiri tak kisah saya dapat berapa pun’. Jujur sekali jawapan salah seorang pelajar saya.

Niat awal ingin memberi suntikan semangat pada mereka untuk lebih berjaya, namun akhirnya terkubur begitu sahaja.

Saya salah sasaran. Ingin ditembak burung berterbangan, akhirnya hanya terkena tupai yang bergayutan.

Bila berbincang semula dengan guru pembimbing saya, kak haida, ternyata, sasaran saya menggunakan ibu bapa sebagai pemangkin semangat kepada pelajar-pelajar tiada terkesan.

‘Dik, pelajar sekarang kalau guna ibu bapa, tak jadi apa pun, bukan macam kita dulu’. Saya cuma mengangguk setuju.

Saya ingat dahulu, selaku anak, paling risau bila dapat keputusan peperiksaan. Bimbang reaksi ibu bapa. Bimbang dengan natijah bakal yang diterima.

Akhirnya pengajaran saya terima, bukan ibu bapa lagi yang menjadi sasaran untuk menaikkan semangat pelajar. Peluru yang dilaraskan perlu dihalakan dengan betul di kemudian hari. Sentiasa memberi cabaran dan provokasi kepada individu pelajar sendiri, tidak lagi melibatkan ibu bapa. InsyaALLAH, ianya lebih berkesan dan realistic dalam keadaan pelajar zaman sekarang.

Dulu ibu bapa, sekarang dah tak main.  Dulu lain, sekarang lain.

3 thoughts on “Dulu lain, sekarang lain

  1. salam..
    memang lain sokmo pun..
    manusia itu sokmo berubah..dok jadi baby sokmo(^_^)..Dulu comot skrang comey (^_^)..
    “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau” -Saidina Umar Al-Khattab-

  2. Hehe, we faced the same situation.
    Ingat lagi, even kat uni dulu cuba cari kot2 ada yang lecturer salah marking, untuk dapatkan A tapi student ana, ana pulak yang paksa diorang suruh cari markah.
    Memang frust tapi itulah realiti dunia skarang.
    Mungkin jugak ni hujah yang cukup kuat untuk buktikan segelintir pelajar skarang ke sekolah bukan demi ilmu tapi untuk jumpa kawan, couple & dapatkan duit poket.
    Kena cari kat mana salahnya sistem pendidikan sekarang & tanggungjawab kitala untuk ubah, Allahualam~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s