Belajar untuk menulis

Bila saya membaca blog sahabat-sahabat waimma komen yang diberikan sahabat-sahabat, saya boleh kenal siapa penulisnya. Benarkah begitu?

mak baca komen awak tulis dalam blog kawan-kawan awak, biarpun awak guna nama samaran, mak boleh tahu itu ayat awak, skema caranya’ ujar bonda saya.

Tatkala meneliti semula tulisan-tulisan saya, saya akui kata-kata bonda.

Kadang-kadang saya cemburu membaca buku, majalah yang menggunakan susunan bahasa yang cukup indah. Metafora dan personafikasi diadun dengan baik dalam setiap bait ayat digunakan. Laras bahasa yang digunakan juga mudah dan tepat.

Malah, saya tambah cemburu apabila membaca setiap tulisan yang mampu meresap ke hati saya dan para pembaca apabila membacanya. Hebatnya penulis, mampu membawa emosi pembaca biarpun hanya melalui ayat-ayat yang digunakan. Jika diaamati lagi, ada juga tulisan yang menggunakan ayat-ayat bombastic sehingga sukar untuk memahaminya.

Tetapi tulisan saya lebih ‘straight to the point’.  Tulisan saya juga lazimnya tidak panjang, pendek sahaja. Apa intipati yang ingin disampaikan, itu juga yang saya terjemahkan dalam tulisan.

Saya ingin belajar menulis.

Saya kagum dengan penulisan yang pelbagai. Kerana di situ juga saya belajar untuk menulis dengan lebih baik. Pernah dahulu di UPSI, ada seorang pensyarah mengajak saya mengikuti bengkel penulisan, tetapi oleh kerana bertembung dengan program lain yang lebih utama, saya terpaksa batalkan hasrat untuk turut serta.

Dan ketika tahun lepas, saya pernah mengikuti sehari program asas kewartawanan anjuran Nisa’ negeri. Alhamdullilah, sedikit ilmu mengenai cara-cara menulis berita dipelajari, biarpun kursus yang dianjurkan singkat sahaja masanya.

Andai ada lagi bengkel penulisan, saya memang cukup berminat untuk mengikutinya. Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Lihat sahaja bagaimana ahli-ahli politik sekarang dijatuhkan dengan menggunakan media sahaja. Masih banyak rahsia dalam dunia penulisan yang belum dipelajari. Masih banyak mutu tulisan saya perlu diperbaiki.

Andai punya waktu, saya ingin terus belajar untuk menulis dan menulis lagi.

Advertisements

14 thoughts on “Belajar untuk menulis

  1. best doh awk nulih..
    sebab tu masuk majalah sokmo..
    dr sy suko ngarut bila nulis..patut 2 meter jd 4 meter..hehe
    keep ur gud work dear…
    (^_^)..sy sokmo suko support..hehe

    • sekali lagi bila saya baca komen awak, mesti saya senyum sorang-sorang. awak tengok gambar di mekah, mak dan abah saya yang gantung dekat dinding rumah? selalu nama awak disebut bila orang tanya sapa yang adobe gambar. :). jaa, awak kena ingat, mak saya selalu buka blog awak, jadi awak pun kena rajin-rajin tulis.

      • Tau…tp sy xleh nak nulih la skrang..insyaAllah sy cuba nulis lg…
        Saya dah lama doh niat nak edit gambo mok dn abah awk bg hok molep lg..tp tgh cari maso..Nanti dah siap sy bg..

        Em, mg setiap kali namo sy disebut, doa jg mengiringi..mg sy jg dijemput jadi tetamu DIA..

  2. Tulisan enti dah jelas. Tak perlu puitis. Tak nak berbunga-bunga. Bagus untuk tulisan jenis olehan politik dan informasi.

    Jelas, terus dan tepat. Ok dah. Keep this stail. Because it suitable with you.

  3. Tulisan enti dah jelas. Tak perlu puitis. Tak nak berbunga-bunga. Bagus untuk tulisan jenis olehan politik dan informasi.

    Jelas, terus dan tepat. Ok dah. Keep this stail. Because it suitable to you.

  4. kadangkala penulisan dapat mengasah minda, supaya pemikiran lebih kritis untuk melakukan pembaharuan….

  5. Salam..
    Ish akak ni, suatu pujian tu bila mak akak bagitahu cara penulisan akak skema. Mak siha lagi best, tak pernah puji apa-apa pun dekat anak die ni ha, “kutuk” ada la.. tapi, kutukan seorang IBU mampu membawa anjakan yang lebih baik kerana kutukan itu seiring dengan DOA..
    Hah, kalau akak ada masa boleh belajar ayat BOM KEBABOOM dengan Ukhti Atriza Umar. Kolumnis harakah daily..

  6. Em…
    Semua orang ada style masing2 pada ana sebab manusia itu pelbagai & tak salah kita raikan kepelbagaian tu.
    Ok apa enti tulih direct, tak perlu orang nak fikirkan sangat maksud yang tersirat especialy untuk topik2 berat.
    Tapi kalau nak belajar pelbagaikan corak pun tak salah, belajar ilmu Allah tak dak apa yg rugi.
    Apa pun never stop writing!

    P/s: ana stuju dengan mak cik, memang boleh kenal komen enti & a few frens. Ngee 😀

  7. @jaja
    if ada masa, saya memang kena belajar dengan awak cara adobe gambar nanti.:)

    @pemuda@gama
    ana memang fikir kalau tulis panjang-panjang dan puitis sangat, orang susah nak faham dan lenguh nak baca sampai habis.

    @mujahideen
    kena terus menulis dan menulis untuk lihat perbezaan dan buat pembaharuan juga.

    @Fasihah
    mak akak mesti tengah baca dan amati komen dari adik pulak. mak akak analisis teknik tulisan fasihah juga ni. 🙂

    @syud
    bila dah cuba teknik lain, tapi last-last yang keluar jadi skema juga. tapi, ana akan terus belajar lagi lepas ni. 🙂

  8. kalau bace tulisan kak, mesti dgn sndiri imagine tangan+reaksi muka kak,huhu.. penulisan kak mmg dah jelas dah,tepat,senang faham.

    I kagum ngn U la kak! sebab xsemua org petah bercakap can be a writer!

    • rindu kat adik sorang ni. nasib baik masa akak menulis hanya tangan sahaja yang bergerak. 🙂 adik jaga diri baik-baik. ada jodoh, panjang umur boleh jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s