Ikut sunnah @ ikut nafsu?

Bismillahirrahmanirrahim

Ikut sunnah atau ikut nafsu?

Sememangnya kita sayangkan nabi kita Muhammad s.a.w. Namun kes perkahwinan  ini seolah-olah mengeksploitasi dunia seorang kanak-kanak.

Seolah kembali ke zaman 60an dan 70an dahulu apabila isu kahwin budak ini timbul kembali. Mungkin benar, dahulunya budak seusia 10 tahun sudah pandai membasuh, mengemas, menjaga adik dan juga memasak dan ini merupakan pra syarat utama bagaimana dahulunya rata-rata pada usia ini mereka sudah dikahwinkan. Perlu berbalik pada reality zaman ini, di usia 10 tahun, kanak-kanak ini masih aktif bermain, belajar dan kurang arif menguruskan diri masing-masing apatah lagi diminta untuk mengemudi sebuah perkahwinan.

Aduhai, gusar melihat dua kes perkahwinan yang berlaku di Kelantan iaitu melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun di jelawang, dan satu lagi melibatkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berkahwin dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas baru-baru ini.

Tidak dapat bayangkan, bagaimana perasaannya adik sendiri dan mungkin ahli keluarga terdekat yang mengalaminya. Perit dirasa apabila zaman remaja kanak-kanak itu akan dirampas dan tidak akan merasai alam remaja dan terus masuk ke alam dewasa disebabkan tanggungjawab sebagai isteri. Seorang lelaki juga fitrahnya mesti menginginkan si isteri berfungsi dengan baik untuk menguruskan rumah tangga. Saya cuba menggambarkan apakah kesudahannya jika si isteri yang masih lagi kecil ingin terus bermain-main, tidak menguruskan rumah tangga dan gagal untuk mendidik zuriat yang dilahirkan. Ya, suami mungkin boleh bersabar lagi dalam tempoh 2-3 tahun pertama, bagaimana tahun-tahun berikutnya?

Kanak-kanak di usia 10 tahun secara logiknya masih belum matang untuk mengetahui hakikat perkahwinan sebenar. Mereka masih perlukan didikan dan perhatian daripada ibu bapa. Bukannya mereka meminta untuk dikahwinkan. Perkahwinan di usia kanak-kanak sememangnya menggugat emosi, social, dan perkembangan fizikal kanak-kanak tersebut.

Dengan setiap perkara yang berlaku dunia pada hari ini, kadang-kadang kita sendiri akan merasa pelik dengan tindakan-tindakan yang dilakukan. Perlu selesaikan dahulu kes-kes penceraian yang saban hari berlaku, bukannya bertindak membina perkahwinan dengan kanak-kanak pula. Jangan kata ingin mengikut sunnah semata-mata ingin mengikut tuntutan nafsu.

P/s : sedih melihat ibu kanak-kanak yang terbabit, merintih dengan perbuatan suami sendiri tergamak mengahwinkan anak sediri.

Advertisements

2 thoughts on “Ikut sunnah @ ikut nafsu?

  1. Salam..betul2..budak perempuan itu adalah adik kpd anak murid ummi ateh..kesian kpd si abang, stress dan menanggung malu akibat perbuatan si ayah..ayahnya dikatakan bagaikan dipukau, lurus bendul mengikut kata si ketua jemaahnya

  2. Salam.
    Sempat menyelak helaian paper berita harian hari ini (16.03.2010), artikel ini sudah dikeluarkan dalam paper tersebut, semoga terus berkarya untuk landasan dakwah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s