Semangat kesukanan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya ingin berbicara mengenai sukan sekolah pula.

Kejohanan sukan yang ke-39 bagi sekolah saya telah selamat berlangsung dengan sebaiknya. Alhamdullilah. Sedikit pengalaman yang dititip sepanjang melibatkan diri secara langsung dengan kejohanan sukan kali ini benar-benar memberi satu lagi pengalaman bermakna. Lebih tiga hari saya belajar untuk menjadi hakim bagi acara balapan dan hari terakhir saya pula yang menjadi pengulas utama kejohanan. Terasa seperti mengadakan lintas langsung pula apabila saya mengulas sambil melihat atlet-atlet berlari di hadapan saya.

Pelbagai gelagat dan ragam pelajar-pelajar saya.

‘cikgu, saya dah menang, cikgu tengoklah medle saya’, terserlah sinar kegembiraan pada wajah pelajar saya disaat dia usai menerima hadiah.

‘saya dah study subjek kimia yang cikgu ajar’, tambah Jeihin (pelajar saya ) lagi tanpa sempat saya melanjutkan bicara.

Itu satu.

‘cikgu, bunga saya tercabut’, senyum sahaja saya lihat seorang pelajar yang memakai kostum bunga mencari-cari cikgu pasukannya minta diperbetulkan bunga di kepalanya.

Senang saya memerhatikan gelagat-gelagat pelajar yang berbilang bangsa. Punya semangat kesukanan yang tinggi biarpun pada akhirnya ada yang menang, ada yang kalah. Adat bertanding begitulah. Cuaca yang agak panas sedikit pun tidak melunturkan semangat pelajar-pelajar untuk terus memberi sokongan pada pasukan masing-masing yang bertanding.

Dalam diam saya setuju, waktu sukan inilah salah satu wadah untuk menyatukan pelajar-pelajar terutamanya daripada pelbagai bangsa dan agama. Bila sudah menjadi cikgu, baru saya sedar semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru sebenarnya punya pengaruh besar untuk menaikkan semangat pelajar. Bermula dari persiapan kostum, pengadil, pengacara, hadiah semuanya disediakan guru-guru. Inilah sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan demi pelajar-pelajar.

Saya yakin, ada diantara kita yang dahulunya sering kali mengelak untuk menghadiri latihan sukan pada setiap petang. Kalau dahulu saya sedar penatnya mengendalikan satu kejohanan sukan, saya pasti tidak akan menyusahkan guru-guru saya yang penat-penat turun padang saban petang. Semuanya dibuat untuk pelajar tercinta!

p/s : profesion perguruan hangat lagi. kali ini isu akan dihantar ke pedalaman. guru-guru perlu bersedia. jika di campak di darat menjadi benih, dicampak ke laut menjadi pulau. perancangan sentiasa berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaaan. moga-moga tiada yang give-up untuk jadi cikgu nanti. 🙂

Advertisements

4 thoughts on “Semangat kesukanan

  1. salam ziarah salam dari UK
    saya cucu arwah ustaz sulam! 🙂
    nice blog
    keep in touch
    I put some pics from ur blog into the Maahad AL islah Fan on Facebook! =))
    neeed some more,if you don`t mind!

  2. Salam aqilah…

    apa khabar?sihat? akak bru bace blog aqilah…akak suke..banyak memberi kesedaran..rindulah kat semua…akak kat korea skrg..banyak ujian dan dugaan…doakan akak kuat yer… 🙂

    • W’salam. Kak dila, allahurabbi, rindunya kat akak.macam mana sonata musim salju di korea? akak jaga diri baik-baik ye kak, ambil pengalaman, nanti boleh sharing dengan kami semua. Apa-apapun setiap ujian dan cabaran akak hadapi dengan redha dan sabar. InsyaALLAH akak mampu tanganinya. Aqilah yakin dengan akak. Miss ya kak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s