Runtuhnya nilai kemanusiaan

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah

Saya senang untuk menghubungi bonda setiap hari sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk bertukar pandangan dan berkongsi rasa. Sedikit sebanyak mampu untuk memberi motivasi berterusan buat diri.

Hari ini juga, biarpun penat bersukan dan menghakimi beberapa pertandingan larian, saya rasa ianya merupakan kepuasan bila mana bersama dengan pelajar-pelajar saya di padang. Memberi sokongan dan bersama-sama guru-guru senior bergerak kerja, saya membayangkan beginilah keadaannya saya 10 tahun lagi andai masih berada di dalam profesion perguruan. Dahulunya saya peserta sahaja, kini giliran saya yang menjadi hakim pada pelajar-pelajar saya.

Waktu pagi separuh masa berada di padang, dan perlu diteruskan proses p&p seperti biasa selepas rehatnya.

‘Teacher guru sukan rumah apa?’ tegur pelajar saya. Mungkin juga mereka pelik melihat saya masuk mengajar dengan berpakaian sukan lengkap, berspot shoes dan memegang buku Sains.

Inilah realitinya, bila masa perlu bersukan kita perlu bersungguh-sungguh. Bila mana waktu belajar juga perlu bersungguh-sungguh.

Secebis kisah di sekolah.

Saya membaca semula berita berkenaan dengan adik malang Allahyarham Syafiah Humairah Sahari. Terima kasih bonda kerana memberitahu berkenaannya.

Seakan masyarakat baru sedar bahawasanya nilai-nilai kemanusian telah lama terhakis dalam kehidupan kita. Keadaan di sekolah juga menyebabkan kadangkala saya risau apabila ditanya latar belakang keluarga pelajar, kebanyakannya dibesarkan oleh single parent.

Bagaimana seorang kanak-kanak kecil dibunuh akibat didera oleh teman lelaki ibunya sendiri?
Kisah anak kecil malang ini bermula apabila arwah Syafiah Humairah Sahari sedang memeluk bola tersebut dan diminta oleh teman lelaki ibunya tu yang digelar “Abang Mat”. Selepas arwah Syafia Humairah Sahari tidak menghiraukan permintaan, Abang Mat terus sahaja menyepak kanak-kanak yang tidak berdosa itu dan kemudian memijak perut arwah Syafia Humairah Sahari. Allahurrabi. Dimana letaknya nilai kemanusiaan seorang manusia yang punya nikmat akal untuk berfikir?

Belum lagi disingkap kisah si ibu yang sanggup berkesedudukan dengan teman lelaki saat suami masih lagi dipenjara. Allahurrabi. Masyarakat tidak pernah tahu dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Tidak hairan jika berpuluh-puluh tahun hidup berjiran masih belum kenal jiran sendiri.

Inilah budaya ‘tidak pedulisma’ dengan keadaan sekeliling.

Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.

Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan. Sekarang juga, baru pihak JAIS ingin mengadakan siasatan terhadap si ibu andai pernah berkesekedudukan sehingga pernah melahirkan anak dengan teman lelakinya. Hari ini kita punya seorang mangsa adik Syafiah Humairah, namun mungkin esok dan hari berikutnya adik-adik yang lain pula menjadi mangsa?’

Mungkin sudah tiba masanya adik Syafiah mengakhiri penderitaanya. Hidup dalam kehancuran institusi kekeluargaan dan masyarakat menambah perit membesar dalam keadaan yang terumbang-ambing. Moga rohnya tenang di sana.

3 thoughts on “Runtuhnya nilai kemanusiaan

  1. Salam..i2lah lumrah seorg guru.
    dgn ape2 rupa skalipun,ayu berbaju kurung @ sporty ber”sport shoes” masih x jemu utk memberi..Terima Kasih Cikgu.

    Allahurabbi remuk hati baca berita ni.

    Nilai kemanusiaan inilah yg selalu kita pandang enteng semasa mengajar.

    Di sekolah kita lebih didoktrinkan dengan kecemerlangan akademik..semua akademik.kecemerlangan pelajar di ukur di atas kertas semata.

    Seorang guru lebih bertungkus lumus menghabiskan silibus. Nilai-nilai kemanusiaan kurang dititikberakan.

    Realitinya, nilai kemanusiaan atau akhlak inilah yang menentukan “survival” seorang manusia sebagai khalifah di planet bumi. Yang mana setiap amalan akan dihitung kelak.

    Apa yang pasti.biar mereka “slow” dalam akademik asalkan akhlak mereka terjaga.

    ~Baru ku sedar betapa besarnya tanggungjawab insan yang bernama CIKGU~

  2. alhamdulillah….akhirnya tertunai jgk hajat bonda cgu untuk melihat artikel ini… Tajuk ni bonda yang bagi ke🙂

  3. assalamua-‘alaikum wrh wbt.

    Aduh, pedih ulu hati menatap khabar adik Syafiah Humairah ditendang bak bola sepak hingga ‘terpelanting’ roh dari badan. Bagaimana pula kes-kes terdahulu seperti kes adik Nurin Jazlin berkubur tanpa jasad, begitu juga kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar masih menjadi tanda tanya ‘berhantu’. Belum lagi dihadap pelbagai sosial lebih tragis, sumbang mahram, pelacuran, gugur janin, buang bayi. Makin pesat maju negara membangun, makin menjadi-jadi keruntuhan moral di kalangan masyarakat, lebih ‘barat’ dari Barat.

    Kepada para guru-guru, kalian perlu sedar tugas kalian tidak sekadar menjadi pengajar (mu’allim), bahkan murabbi (pendidik) dan muaddib. Maka makin berkuranglah murid yang miskin ilmu. Kita tidak mahu beg dipikul sahaja berat, tapi ilmu di dada kosong. Buku hanyalah alat, kita mahukan aplikasi daripada proses pembelajaran di dalam kelas secara teori, dan digunakan dalam kehidupan.

    Selamat maju jaya cikgu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s