Sorotan Maulidur Rasul

l‘Muhammad hanyalah seorang rasul. Sebelum dia pun sudah banyak rasul-rasul yang lampau. Apabila dia mati ataupun terbunuh, apakah kamu akan berbalik ke belakang? Sesiapa berbalik ke belakang ia tidak akan merugikan Tuhan sedikit pun. Tuhan akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur’ (Surah al imran-ayat 144)

Sebaik mendengar kata-kata ALLAH yang dibaca Abu Bakar, Umar Al-Khattab tiba-tiba menangis lalu jatuh tersungkur ke tanah. Barulah dia yakin Muhammad benar-benar wafat. Keraguannya menerima berita itu sudah tidak disangkal lagi. Hancur luluh jiwanya tatkala menerima kenyataan Rasullah sudah kembali kepada yang berhak. Orang ramai hanya mampu melihat situasi itu dengan linangan air mata. Kaum wanita berterusan menepuk muka mereka sendiri menandakan kesedihan.

‘Waktu subuh sudah masuk, Bilal’,beritahu Abu Bakar as-siddiq.

‘Saya tahu…’ sahut Bilal dengan nada suara yang sayu.

‘Laungkan azan…’ kata Abu Bakar as-Siddiq lagi.

Bilal bangun bagi melaungkan azan tetapi suaranya teresak-esak menangis. Apabila sampai sebutan ‘Ashaduanna Muhammadar Rasullah’ Bilal tidak mampu menyebutnya. Bilal menangis teresak-esak. Orang ramai juga turut menangis. Tidak seorang pun antara mereka yang tidak mengalirkan air mata. Kerinduan mereka kepada Rasullah begitu kuat. Abu Bakar, Umar Uthman dan Ali turut menangis.
Allahurrabi. Rindu pada Rasullah menggamit rasa.

Saya tangguhkan pembacaan buku ‘Bilal Bin Rabah’ pada pagi ini. Ternyata buku ini memberi kesan pada pembacanya.

Ada agenda lain yang perlu saya selesaikan. Amanah pada pagi ini saya perlu mengemudi majlis sambutan maulidur rasul bagi peringkat sekolah.

Tugas sebagai pengacara majlis dan stage manager sememangnya memberikan peluang untuk dimanfaatkan bagi menanamkan rasa kecintaan pelajar-pelajar serta audiens betapa hebatnya rasul kita nabi Muhammad S.A.W.

2 daripada penasyid adalah pelajar kelas saya.

Lain pengalamannya berada di pentas universiti berbanding dengan pentas sekolah. Biarpun dimana kedudukannya, saya perlu membawa audiens untuk sama-sama menghayati sirah nabi Muhammad S.A.W.Alhamdullilah, pengalaman yang dititip di sepanjang university sememangnya membantu saya dalam mengendalikan majlis dengan sebaiknya.

saya di pentas universiti

Tiada yang paling gembira tatkala melihat majlis yang dirancang berjalan dengan keadaan yang baik dengan izinNYA. Biarpun pelajar Islam merupakan kaum minority di sekolah, komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru Islam untuk turut mengadakan sambutan di peringkat sekolah sebagai memberi didikan dan santapan rohani buat pelajar-pelajar serta ibu bapa sememangnya cukup-cukup mengagumkan.

audiens yang datang di smk sg pelek (guru,pelajar, ibu bapa)

Hakikat menjadi kaum minority di sekolah membuatkan setiap hari saya menunggu untuk diadakan program-program yang berbentuk keagamaan. Bermula dari perarakan, ceramah dan persembahan yang diadakan pelajar-pelajar sememangnya menumbuhkan dan membangkitkan kembali rindu pada Rasullah. Alhamdullilah.

Setiap bait skrip yang saya baca tidak lupa untuk mengajak audiens terutamanya para pelajar saya untuk turut selawat terhadap junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
.
Moga-moga selepas ini terus subur aktiviti-aktiviti keagamaan di bumi smk sungai pelek. Ameen.

Advertisements

2 thoughts on “Sorotan Maulidur Rasul

  1. Salam
    Sebut tentang maulidurrasul
    teringat kenangan mendengar ceramah ustaz Dusuki abd rani di surau al falah
    ramai yang menitiskan air mata kerinduan kepada Rasulullah S.A. W

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s