Bedah buku: Hebatnya Cara Rasullah Mendidik

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Syukur saya berjaya tamatkan pembacaan buku yang baru sahaja dibeli semasa pulang bercuti tahun baru cina. Mengisi selang-selang waktu mengajar perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Sungguh, buku ini hadir tepat pada waktunya dalam memberi suntikan semangat buat diri untuk meneruskan perjuangan di dalam profesion perguruan.

Seolah-olah ‘terkena’ pada batang hidung sendiri apabila menghayati setiap bait-bait ayat yang digunakan oleh penulis buku ini. Mungkin juga penulisnya Cikgu Razali bin Saaran ini juga merupakan bekas pelajar UPSI yang telah bergelumang dalam bidang pendidikan ini lebih lama, menyebabkan buah tangan beliau yang dihasilkan tidak mengecewakan untuk dibaca. Alhamdullilah.

HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa bukan hanya sekadar mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan membimbing pelajar agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para guru seterusnya juga diterima baik oleh anak didik. HEBATNYA CARA RASULULLAH MENDIDIK memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Di selitkan juga cara-cara Rasulullah SAW bersoal-jawab, bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan para pelajarnya.

Rindu pada Rasullah ketika membaca buku ini.

Sesungguhnya Rasullah SAW adalah manusia terbaik yang diciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini. Terasa diri begitu kerdil tatkala berbicara mengenai Rasullah. Carilah dan singkaplah sedalam mana pun lipatan sejarah, sudah tentu kita tidak akan bertemu dengan kisah sejarah yang begitu hebat melainkan insane bernama Muhammad SAW. Buku ini tiada lain dapat memberi sedikit input dan kesedaran buat diri bergelar pendidik, bahawasanya kita juga ada sumber rujukan yang maha hebat daripada seisi dunia iaitu Rasullah SAW.

Benar, Rasullah SAW itu adalah guru segala guru dan bagindalah panduan terbaik buat kita semua.

Jom Baca!

Advertisements

4 thoughts on “Bedah buku: Hebatnya Cara Rasullah Mendidik

  1. salam Nur..sy sbnrnya tercari2 komen pembaca buku pertama saya Hebatnya Cara RAsulullah Mendidik. Alhamdulillah bertemu dgn tulisan Nur..Terima kasih atas komen yg membina ini..sy menghargainya..semoga Allah memberkati hidupmu dan menjadikan kamu guru yg bila disisi pelajar kamu dikasihi,bila kamu tiada dirindui dan bila kamu mati ditangisi..insyaAllah…

    jika berkesempatan, lawatilah blog saya…www.teratakmuslim.blogspot.com..

    atau di ruangan facebook atas nama Cikgu Razali Saaran

    smg berjaya dalam hidupmu…

    • W’salam. Terima kasih cikgu di atas kesudian mengunjungi blog saya yang tidak seberapa. Saya terharu dengan kunjungan penulis buku “HEBATNYA CARA RASULLAH MENDIDIK’ yang saya baca dan cermati sebaiknya.ALHAMDULLILAH, biarpun tidak ketemu secara langsung. Buku cikgu benar-benar memberi pandangan baru dalam ilmu-ilmu pedagogi cara Rasullah SAW untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Buku yang cikgu tulis mengajar saya banyak perkara, maka cikgu juga merupakan guru saya sekarang. Ameen, terima kasih sekali lagi atas doa cikgu. moga-moga usaha yang cikgu lakukan diberkati ALLAH dan mendapat pahala yang berterusan. insyaALLAH. 🙂

      p/s :

  2. Assalamualaikum

    Terima kasih sudi mengunjungi blog saya. Dan saya membalas kunjungan Nur Aqilah Hanis. Semoga Nur Aqilah sihat sejahtera dan ceria selalu. Didoakan sentiasa dalam rahmatNya. Amin.

  3. Salam..tima kaseh awak perkenalkan saya kepad buku ni kat KB MALL ari tu..baru dpt baca sket, x leh nk wat ulasan lg..tp mmg benarlah, RASULULLAH adalah sang murabbi terhebat..selawat dan salam buat baginda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s