Raikan perbezaan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya senang untuk meraikan perbezaan antara pelajar-pelajar saya. Biarpun kadangkala saya tewas dengan kesabaran yang tipis untuk terus mendidik dan memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar.

Bagaimana perasaannya apabila kita dihadapan, dan yang dibelakang pula sibuk bermain?

Geram?

Hilang sabar?

Bagaimana perasaannya tatkala kita bersungguh-sungguh menyampaikan isi pengajaran yang penting, namun soalan yang tiada kaitan dengannya pula yang ditanya?

Perlu marah?

Saya kira ianya suatu yang normal. Sedangkan saya juga manusia biasa. Tiada sangka, perbezaan yang wujud antara pelajar-pelajar saya menyebabkan saya kadangkala mencari dimana dan mengapa silapnya. Saya dahulunya juga seorang pelajar. Malah, saya tiada pernah berani meninggikan suara apatah lagi menjentik hati-hati guru saya dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan.

Menyelusuri kisah imam syafie dengan gurunya, menyesakkan dada saya membandingkan dengan pelajar-pelajar saya sekarang.

Manusia agung yang lahir dalam lipatan sejarah juga hasilnya sebagai seorang cendiakawan. Betapa pelajar kita amat-amat sukar untuk menjumpai akhlak seorang pelajar persis imam syafie. Lihat sahaja kerendahan hatinya bila bersama guru.

Imam Asy-Syafi’e pula ada berkata: “Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak mendengar(bunyi selakan itu, lantas menganggu pengajaran)”

Subhanallah, betapa hebatnya pelajar seperti imam syafie. Itu dahulu.

Namun kita, realitinya bukan senang untuk seorang pelajar sedikit hormat pada gurunya. Bukan semua pelajar begitu, tetapi ianya seperti kelaziman, dalam sebuah kilang manusia yang ingin dihasilkan, seorang enggineer akan menemui kerosakan 20-40% pada hasil akhirnya.

Seorang guru juga insan biasa yang tiada sunyi dari melakukan kesilapan. Kita tidak pernah rugi untuk menghormati guru, malah akan mendapat keberkatan berterusan dengan setiap ilmu yang diredhai. Allahurrabi.

Benar, perlu kita raikan kepelbagaian yang wujud dikalangan pelajar. Namun sebagai guru, harus juga kita bijaksana untuk menangani setiap karenah dan akhlak-akhlak pelajar yang perlu diselamatkan.

Mendidik selagi termampu.

Sebagai guru, tugasnya bukan sahaja mengajar atau menyampaikan ilmu, tetapi setiap ilmy yang disampaikan itu mestilah hadir bersama unsur didikan. Ianya sukar, namun saya yakin guru-guru sedar ini adalah tanggungjawab yang perlu digalas.

Teruskan, selagi kita punya tanggungjawab untuk menyampaikan dan mendidik, sampaikanlah yang terbaik, biarpun kadangkala ianya dilihat pelik pada pandangan sesetengah manusia tetapi tidak pada pandangan ALLAH. Maka tidak perlu kita bertangguh lagi wahai guru, lakukannya dan berserahlah jua kepada ALLAH.

Pahit maung untuk meneruskan kisah duka sebagai pendidik akan terus saya rakamkan, agar ianya menjadi iktibar buat diri dan rakan-rakan pembaca sekalian.

Advertisements

2 thoughts on “Raikan perbezaan

  1. Salam…

    Tumpang teduh di teratak mu cik Qiqi,
    sambil bisa ku hirup rimbunan hikmah,
    ketika dahaga kian memuncak,
    sebelum kaki akan ku pergi lagi
    mencari dedaunan yang bisa
    ku susun menjadi sebuah bahtera utk kelak
    ku gunakan melayari kehidupan yang dipenuhi dengan
    ombak dan ribut…=)

  2. pelajar kini telah hilang halatujunya, bila tanya apakah tujuan kamu belajar? ada jgk yang menjawab saya tak tau….sedih rasanya…inilah realiti yg kite perlu tempohi sebagai bakal guru serta pendidik kepada generasi akn datang. Pendidik perlu mncari formula untuk membangunkan kembali generasi hari ini yg sedang dibuai mimpi2 indah…Apapn kite tkleh lemah semngt dan berputus asa, sama2 lah kite truskan perjuangan untk melahirkan generasi murabbi pada masa akan datang…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s