Tuhan perhatikan kita

Bismillahirrahmanirrahim

Tidak betah saya melihat berita didada akhbar yang memaparkan kes-kes buang bayi secara berleluasa. Hasil buah cinta yang disemai akhirnya berakhir di kawasan pembuangan sampah, ditepi-tepi masjid dan kawasan semak samun. Bagaikan menjadi seperti musim ‘baru’, tatkala pembuangan bayi di merata-rata dianggap perkara biasa. Inilah bahana pabila kita acapkali lupa, tuhan seringkali perhatikan kita.

Sekian lama saya memerhatikan kebejatan masalah social ini, berada dalam keadaan sebenar di sekolah menjadikan saya lebih dekat untuk mencari punca mengapa dan dimana silapnya. Allahurrabi.

Lumrahnya manusia akan berusaha menyembunyikan sesuatu kesalahan yang dilakukannya daripada pengetahuan orang. Daripada sanggup menipu sehinggalah sanggup bergolok gadai demi memelihara rahsia keaiban diri. Dengan kecanggihan teknologi masakini, gejala menyembunyikan kesalahan semakin ketara dan sukar dikesan. Apatah lagi sekadar melakukan maksiat demi memuaskan kehendak nafsu ianya dianggap mudah dalam masyarakat hari ini.

Si dara tidak pernah kisah si teruna menyentuh jasad demi membuktikan cinta sejati. Sehingga tiada sedar bahawasanya cinta mereka telah tersemai benih di dalam rahim. Dan akhirnya tiada azan, tiada iqamat yang menyambut kedatangan si bayi. Jalan terakhir, biarlah si bayi bersemadi, dibakar sehingga tiada siapa yang mahu peduli lagi. Inilah pembuktian cinta abadi.

Tuhan seringkali perhatikan kita.

Seringkali kita bergelak ketawa, bertepuk tampar bergembira dengan setiap maksiat yang dilakukan. Makhluk yang bernama manusia sememangnya tidak mengetahui setiap inci kesalahan yang dilakukan, namun ingatlah, setiap derai ketawa akan berganti dengan tangis yang tiada henti apabila dihadapan ALLAH kelak, pabila disana nanti baru kita sedari, hakikatnya Tuhan sering perhatikan kita.

Advertisements

3 thoughts on “Tuhan perhatikan kita

  1. semakin berat amanah yg dipikul oleh pendidik, untuk mendidik anak bangsa ke arah membina generasi rabbani…smoga Jailul Fateh trus thabat dgn agenda untuk membina sek sendiri yg mengunakan kurikulum pendidikan yg berlandaskan al-quran dan as-sunnah… smoga cgu truskan perjuangan di kawasan estet sana…

  2. Saya suka Artikel cik qiqi nie…
    sekarang ni guru bukan hanya perlu jadi pendidik dan pengajar silibus..
    pelbagai lagi kemahiran perlu d jadikan suplemen tambahan… sebab kita akan berdepan dengan pelbagai kisah di luar sana…
    “bersedia menjadi cikgu?”

  3. Salam.
    @cg zul
    ana yakin dengan batch jailul fateh mampu untuk teruskan agenda dalam menjadi seorang murabbi, muallim, muaddib yang berjaya waimma di estet sekalipun. ameen.

    @cik yaya
    selepas ini soalan wajib yang perlu ditanya dalam interview bagi bakal pendidik adalah ‘adakah kalian benar-benar berhasrat menjadi cikgu’. boleh try tengok berapa ramai yang benar-benar ikhlas dalam memberi. :). cik yaya, happy burfday!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s