Guru Oh Guru

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Susunan langkah saya atur sebaiknya menuju ke sekolah. Setiap hari kira-kira 10minit saya ambil masa dari rumah menuju ke sekolah yakni rumah yang kedua saya.

Inilah rutin harian baru. Medan sebenar dalam hidup saya sebagai seorang guru.

Permulaan baru, saya akan mula mengajar dua kelas yang diamanahkan kepada saya. Kedua-duanya tingkatan empat. Teringat pesanan kak nazihah, erase all the bad perceptions about the students. Alhamdullilah, saya teruja untuk memasuki kedua-dua kelas baru ini.

Semuanya bermula dengan niat. Saya pahat kemas, instil in yourself that you are not just a teacher but represent as Khalifah of Allah. Niyyat is important.

Kali ini kelas pertama saya 4 Progresif. Majoritinya non muslim, daripada 34 pelajar, hanya 4 orang sahaja yang muslim. Keadaan sekolah saya hanya punya 248 orang pelajar muslim di seluruh tingkatan daripada 1600 orang pelajar. Sememangnya saya cuba mengambilnya sebagai caturan yang baik dari sudut dakwah, dan peluang yang paling berharga bagi pelajar-pelajar saya yang bukan islam untuk mengenali Islam dengan pelajaran sains.

‘Good morning teacher’

Semua mata tertumpu pada saya. Saya faham, mereka pasti hairan melihat guru baru dihadapan mereka.

‘From now, I’ll be your new science teacher’, saya senyum dan memandang setiap dari wajah pelajar-pelajar baru. Sungguh, mereka benar-benar menunggu saya meneruskan kata-kata seterusnya.

Tegas dan tidak perlu garang.

Saya yakin dalam usia seawal 16 tahun, pelajar-pelajar saya merupakan remaja yang benar-benar perlu difahami keadaan dan psikologinya. Tidak perlu gunakan kekerasan, hanya perlu tegas. Alhamdullilah, saya berjaya mencapai persetujuan dengan mereka. Kali pertama, saya telah menetapkan 10 peraturan asas di dalam kelas. Mereka setuju, dan pelajar-pelajar saya behave dengan sebaiknya. Bukannya niat untuk mengongkong, namun saya punya matlamat untuk mendidik mereka melalui disiplin-disiplin yang ditetapkan. Moga-moga berjaya dan pengakhirannya nanti terbentuk peribadi mereka sebaiknya. Ameen.

Itu secebis kisah di kelas 4 progresif.

Lain pula di kelas 4 Alpha.

Diamanahkan untuk mengajar kelas yang pertama dalam subjek Kimia benar-benar memberi pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan. Syukur dengan percaturan yang ditetapkan olehNYA. Saya masih kekalkan dengan 10 peraturan asas di dalam kelas. Berkat pertolongan dan tunjuk ajar Guru Pembimbing saya, Kak Haida, yang sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa jemu, saya semakin yakin untuk menyampaikan isi pelajaran dengan sebaiknya.

‘Teacher, how to solve these questions?’,

Kali ini pelajar-pelajar saya sememangnya punya high determination untuk belajar dan terus belajar. Saya seronok dengan persoalan yang diutarakan dan yang paling bermakna apabila mereka berjaya menjawab setiap soalan dan tugasan yang saya berikan sebaiknya.

‘Do you understand class’

‘YES, teacher’. Alhamdullilah, puas, setiapkali melihat mereka faham dengan isi kandungan yang disampaikan.

Seringkali saya ingatkan mereka, biar siapapun kita dan sebijak mana pun kita, yang paling penting untuk berjaya adalah dengan menghormati guru. Saya ulang sebaiknya nasihat untuk dipahat di dalam hati pelajar-pelajar.

itu kelas 4 Alpha.

Tiga minggu berlalu.Kini saya mula sedar, bukan mudah untuk menjadi guru, cabarannya sememangnya menguji kesabaran. Namun, setiap kali perhimpunan, hati saya berbaur sedih tatkala mengaminkan doa yang dibacakan pelajar-pelajar muslim.

‘YA ALLAH ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami,ibu bapa kami, GURU-GURU kami,dan seluruh kaum muslimin dan muslimat’. Ameen.

Moga-moga saya terus bersemangat menjalankan amanah sebagai guru!

p/s : insyaALLAH saya cuba kongsikan sedikit pengalaman dari masa ke semasa pengalaman di sungai pelek. Mencari masa, antara memeriksa tugasan pelajar dan menulis. Kedua-duanya menjadi tanggungjawab. :). saya ambil masa yang lama untuk menghafal dan menyebut nama-nama pelajar chinese and indians. 🙂

Advertisements

6 thoughts on “Guru Oh Guru

  1. Salam Alaik. Alhamdulillah you’ve done very good starting! Remember, as a Khalifah teacher we can’t DEMAND respect from students but we EARN respect from them. Keep moving young Mujahidah. Do everything because of Allah. Hope we get blessing from Allah. Stay keep in touch, and share your experience!

  2. Assalamualaikum. Tahniah, kerana berusaha menjadi guru yang lebih baik untuk pelajar. Kak Cher ingin berkongsi-sebab masih awal tahun, ada lebih peluang untuk berjaya jika aplikasinya baik. Cuba kurangkan peraturan asas kelas kepada satu jumlah yang lebih kecil, antara 3-5 sahaja. Ini supaya pelajar lebih motivasi untuk melaksanakan dengan baik, sebab expectations cikgu hanya untuk isu yang penting sahaja. Untuk memilih peraturan yang baik digunakan, lihat balik 10 peraturan asas dan lihat “Mana yang betul2 penting bagi saya untuk pelajar saya laksanakan? Peraturan manakah yang mempunyai kemungkinan dilaksanakan dengan berjaya oleh pelajar? Adakah peraturan ini membina rasa hormat pelajar untuk saya?” Pilih semula peraturan yang paling tepat menjawab soalan2 tadi. All the best and thank you, may Allah bless you for applying Khalifah Method in class!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s