Gendang PRK 12 UPSI

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Tahun 2010 sudah membuka tirai dengan lembaran baru, namun demografi politik kampus masih tetap keruh. Kebobrokan yang berlaku kali ini masih lagi hebat sedari permulaan calon-calon untuk membeli borang pencalonan. Keruh dengan peristiwa-peristiwa dan sekatan-sekatan yang sama dilakukan bagi calon-calon yang dikatakan bukan favourite. Impaknya, mahasiswa masih lagi tertutup dan terus tenggelam dengan dunia masing-masing. Nah, akhirnya akan dapat dirasai tatkala golongan-golongan ini yang produknya dari UPSI bertindak sebagai mencorakkan anak-anak bangsa pada masa hadapan.

Resah saya di sekolah, mesej bertalu-talu masuk dari sahabat saya mula menjengah.

‘MPP dah bubar’.

Sudah tiba masa ianya dibubar, biarpun diri sendiri tidak maklum. Memang lazimnya begitu, setiap maklumat tidak kunjung tiba, biarlah dinafikan namun beban amanah yang digalas perlu diteruskan.

Selama setahun pada dasarnya memegang tampuk mpp, jika keadaan dan karenah biokrasi dan campur tangan pihak-pihak luar masih merantai pergerakan mahasiswa, maka fungsi sebuah student council akan terus ‘merundum’ dan tidak akan dirasakan keperluannya oleh mahasiswa. Pemimpin yang hebat, adalah pemimpin yang mampu meninggalkan kesan dalam kepimpinannya. Kalian harus berani untuk menyatakan yang hak dan bukannya berselindung disebalik prestijnya jawatan yang disandang. Belum lagi berbicara mengenai fitnah-fitnah murahan dalam kepimpinan. Inilah mehnah dan cabarannya dalam politik kampus.

Syukur, saya masih mampu ‘merasa’ dari jauh bahang PRK 12 UPSI, biarpun masa singkat, peluang berkunjung ke UPSI dimanfaatkan sepenuhnya. Perasaannya mungkin berbeza kali ini tapi saya gusar dengan ketidaktelusan yang berleluasa sehingga hari ini dengan masa kempen yang agak lama. Biarlah mahasiswa berpencak dengan baik, menunjukkan kreadibiliti mereka, dan tiada perlu tangan-tangan ghaib yang menodai demokrasi pilihanraya kampus.

Bagi mahasiswa dan adik-adik UPSI, seharusnya perlu cakna dan peka kerana menjadi amanah anda untuk memilih pemimpin yang baik untuk sama-sama memperjuangkan kebajikan mahasiwa, tidak hanya duduk senang. Cabarannya pemimpin bukan favourite sudah saya tempuhi, biarpun manifesto yang diusulkan ditolak tanpa syarat. Saya cuba, natijahnya saya juga rasai. Namun, yakinlah, selagi ada daya, suara-suara anda perlu disalurkan dengan memilih pemimpin yang tepat untuk membawanya. Disinilah pentingnya selaku mahasiswa, perlu kenali pemimpin-pemimpin yang dirasakan layak untuk memimpin kalian.

Gendang PRK 12 UPSI telah dipalu. Seharusnya semua masyarakat kampus sedar. Dan calon perlu bersedia dengan amanah yang digalas. Jika ingin merasai revolusi dalam kepimpinan, kalian perlu buat pilihan yang tepat. Berpencaklah dengan sebaiknya!

p/s : Saya rindukan alam mahasiswa, disaat menjadi mahasiswa boleh melahirkan idea-idea, berbicara dengan rakan-rakan, bergerak kerja untuk melaksanakan program, semua sudah ditinggalkan. Jujurnya saya masih proses adaptasi perubahan suasana dalam alam praktikal dunia ‘cikgu-cikgu’. Cabarannya berbeza.

Advertisements

6 thoughts on “Gendang PRK 12 UPSI

    • tafaddal cikgu, ana benarkan. dunia sebenar profesion perguruan sungguh mencabar melainkan menunggu-nunggu waktu cuti.

  1. value iman dpt d lihat mlalui cabaran…
    masing2 mau ingat…
    n sendiri mau pikir maa, camner mau handle cabaran.TiTik

  2. haiyaaa…what happen to u sis…mana kehebatan sebagai seorang pemimpin mahasiswa…pls…wake up from ur dream…u r not a mahasiswa anymore…ikhlas dan redha dlm menyampaikan ilmu…macam along rawat pesakit…umpama rawat mak, abah, adik2 sendiri…even need to rawat more than others…

    • thanks long, seriously tengah dissapointed dengan diri sendiri. rasa nak belajar je taknak mengajar. 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s