Isu Penempatan Ke Sekolah 2010

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Pertama-tamanya saya mohon maaf untuk semua mahasiswa/i UPSI yang menunggu-nunggu hasil respon perbincangan saya dengan beberapa pihak. Besar sebenarnya isu yang kita hadapi. Bukan isu yang melibatkan seorang dua, tetapi melibatkan kita semua. Apabila berita daripada upsikini telah menyiarkan kenyataan TNCA sebenarnya pada pukul 8.45 pagi 5hb oktober 2009,pihak saya biro akademik dan kerjaya mpp 08/09 telah membuat temu janji dengan Prof Zakaria dalam mendapatkan respon beliau berkenaan dengan isu tersebut dan juga saya telah menghubungi bahagian pengurusan sumber di Kementerian Pelajaran Malaysia.

1)  Respon dari TNCA

Sebenarnya, Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah kemungkinan besar akan mengalami kelewatan untuk dipostingkan dan bukannya mengalami pembekuan. Kelewatan tersebut tidak dapat dinyatakan jangkamasanya mungkin juga mengambil masa yang agak lama  dari kebiasaanya dan mahasiswa/i diminta bersedia dengan kelewatan yang berlaku juga mungkin mengambil masa berbulan.
Kenyataan tersebut dipetik dalam ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa pada 3hb Oktober 2009.

Sebenarnya saya juga hadir dalam simposium tersebut namun tidak mengikuti ucapan perasmian tetapi hanya ketika perbentangan satu kertas kerja sahaja yang berjaya diikuti disebabkan saya punya midterm sebelumnya.

Mengulas lagi isu ini, Prof mengulas, keadaan ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil dan kerajaan tidak dapat memberi jaminan untuk memastikan semua graduan lepasan pendidikan akan dipostingkan tepat pada masanya dan perkara ini tidak hanya berlaku di UPSI namun juga IPG-IPG, DPLI dan semua fakulti-fakulti pendidikan di seluruh IPTA dan IPTS.

Tambah beliau lagi, keadaan lewat posting ini perlu semua mahasiswa/i UPSI ketahui dan bersiap sedia biarpun ada dikalangan mahasiswa/i adalah penerima biasiswa dan  juga sebahagiannya merupakan peminjam PTPTN.  Beliau juga menasihatkan mahasiswa/i mengambil langkah berjimat cermat melalui sekarang kerana kemungkinan besar bajet universiti akan dikurangkan disetiap bahagian 10-20%.

Menyentuh inisiatif yang dilakukan di peringkat UPSI, universiti akan membuka kos yang bukan hanya melibatkan pendidikan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk bukan hanya mendapatkan pekerjaan bukan sahaja sebagai guru namun mampu untuk ditempatkan dalam prospek lain. Sebagai contoh kita dapat lihat, ijazah sarjana muda bahasa arab dengan pendidikan, ijazah sarjana muda pengajian malaysia. Mahasiswa/i juga dinasihatkan supaya merancang lebih awal dan bijak mencari peluang pekerjaan yang lain bagi menghadapi isu kelewatan posting ini.

2) Respon dari pegawai KPM, En Saufi Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1),  Bahagian Sumber Manusia

Saya mengambil inisiatif untuk berhubung terus dengan pegawai KPM yang terlibat dengan urusan posting ini.

Isu lewat posting sememangnya akan berlaku pada tahun hadapan. Kerajaan setakat ini akan mengambil guru mengikut unjuran-unjuran sebenar kekosongan guru di seluruh sekolah di malaysia. Berikutan dengan itu, mahasiswa/i dalam bidang pendidikan tidak akan dijamin dipostingkan dalam masa terdekat sebaik sahaja mereka graduat. Kelewatan untuk posting juga dikatakan berikutan perubahan sistem 2 kali penempatan ke sekolah berbanding 4 kali penempatan sebelumnya. Kemungkinan masa yang diambil untuk mahasiswa/i dipostingkan adalah lebih lama dari kebiasaan kesan daripada perubahan sistem ini.

Mengulas mengenai isu posting, mengenai interview yang dilakukan kepada lepasan UPSI yang baru sahaja bergraduat bulan lapan yang lepas,  ramai dikalangan mereka gagal dalam ujian INSAK . Seramai lebih kurang 400 orang gagal ujian insak dan 20%-30% dari UPSI. Hal ini kemungkinan dilihat kurang bersedia apabila menghadapi interview samaada dari segi mental dan fizikalnya dan juga masih lagi kurang dalam kemahiran berkomunikasi terutamanya. Keadaan ini sememangnya serius dan perlu diambil kira oleh kita semua yang bakal bergraduat kelak.

Bagi pelajar DPLI, mereka tidak perlu lagi untuk interview apabila tamat pengajian kelak berikutan telah diinterview sebelum pengambilannya. Beliau juga bersedia untuk bertemu dengan mahasiswa/i tahun akhir terutamanya dalam memberi penerangan terus berkenaan dengan isu penempatan dan kretiria dalam interview.

Saya menyeru kepada mahasiswa/i UPSI supaya bertenang dan bersabar, kerana sememangnya isu ini bukannya isu kita tidak dapat posting cuma isu kita lambat posting. Apa-apapun saya akan maklumkan perkembangannya dari semasa ke semasa.

‘Transform with knowledge’

Mahasiswa Kebajikan

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09

12 thoughts on “Isu Penempatan Ke Sekolah 2010

  1. terima kasih atas ulasan dan maklumat yang diberikan oleh anda..teruskan usaha memperjuangkan hak mahasiswa upsi.

    • W’salam. pelajar kpm hanya perlu menjalani ujian INSAK sahaja untuk posting nanti.:)

      • salam,
        bagaimana utk mengetahui bila kita akan dipanggil untuk ujian insak?

  2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Alhamdulillahi rabbil’alamin.

    In The Name of The Most Gracios and The Most Merciful

    “to any that desires the tilth of the Hereafter, we give increase In His tilth, and to any that desires the tilth of This world, we grant somewhat thereof, but He has no share or lot In the Hereafter.” [As-syura:20]

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

    “sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” [As-syura:20]

    “Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah s.w.t akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dengan keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat dunia lebih daripada apa yang telah ditakdirkan.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi]

    Allahualam. Astaghfirullahalazim..

  3. Salam

    ada sesuatu disebalik isu yang cuba ditimbulkan. cerita2 ni dah penah dgr sejak 3 tahun lepas. apa pun, tunggu jelah apa kemungkinan akan dtg…

  4. salam
    mohon cakna pendaftaran subjek yang agak mengelirukan contohnya EDU yang dah abis dlm snarai sedangkan masih ramai yang tak add.takkan bhgn akademik tak dapat mengagak bilangan pelajar yang akan amik subjek pada satu-satu sem
    padahal ia subjek wajib U.minta cakna dgn hal ini supaya akademik bertindak segera.tq

    • pelajar DPLI telah menjalani ujian INSAK dan interview sebelum layak untuk mengikuti program DPLI………

  5. kes sama berulang lagi… batch sebelum saya ada yang sampai 2-3 tahun tak dapat posting. yang penting bila dapat panggilan interview buaat all out dan yakinkan panel penemuduga… sebelum posting carilah kerja lain dulu… kadang2 ada yang sibuk nak kahwin sedangkan posting belum lagi dalam jaminan…tak salah berkahwin cuma pastikan dulu kewangan kukuh dan ada jaminan kerja…syukur kepada Allah saya tak menganggur sebelum dipostingkan ke negeri saya sendiri..sempat bergelar guru d UPM… cuma pada masa posting tu yang dapat Terengganu 5 orang sahaja selebihnya ke Sarawak dan yang dah berkahwin di Selangor…kesimpulannya rezeki Allah ada di mana2 sahaja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s