Guru tidak dibenar simpan janggut?

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Menarik berita dunia yang saya baca pagi ini. Implementasinya biarpun diluar negara namun tidak sipa tahu kemungkinan ianya juga bakal berlaku di malaysia.

Utusan 29/09/2009 2:52am
gambar hiasan

DUSHANBE 28 Sept. – Guru-guru yang berusia bawah 50 tahun di Tajikistan tidak lagi dibenarkan menyimpan janggut, namun dibenarkan untuk mengajar dengan memakai but hujan, menurut peraturan baru kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

“Lelaki yang berusia lebih 50 tahun dibenarkan menyimpan janggut yang panjangnya tidak melebihi tiga sentimeter, manakala golongan muda pula mesti tampil kemas,” menurut salinan dekri kementerian pelajaran yang dilaporkan secara meluas oleh akhbar tempatan.

“Manakala untuk kasut, apa-apa sahaja kasut yang bertutup penuh adalah dibenarkan, termasuk kasut pelapis,” tambahnya.

Tajiskistan, sebuah negara miskin di Asia Tengah yang bersempadan dengan Afghanistan berkata, peraturan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pendidikan yang bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan.

Mereka yang berjanggut panjang sering dicurigai oleh pihak kerajaan dan pernah mencetuskan perang saudara terhadap orang Islam pada tahun 1990-an, menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian selain menghancurkan ekonomi negara itu.

Kasut pelapis dan sepasang but kalis air yang diperbuat daripada getah sangat popular di kalangan petani di luar bandar dan dilihat sebagai keperluan yang mampu melindungi dari hujan yang sering melanda negara bergunung-ganang tersebut. – AFP

ps : isu besar sebenarnya tajuk ini

Advertisements

8 thoughts on “Guru tidak dibenar simpan janggut?

  1. salam,

    Harap2 perkara ni tidak akan berlaku di Malaysia (setakat ni hanya pelajar yg x dibenarkan berjanggut. Pelajar senior dan pra-U ada kelonggaran sedikit).

    Apabila bertembung dengan mentaliti dan cara hidup rakyat tempatan, adakalanya kita terpaksa akur… Dan perubahan tidak berlaku dengan mendadak. Hmm..

    Di Malaysia manusia berjanggut ni dipandang sebagai seorang yang alim dalam agama, bahkan dihormati! (walaupun saya hanya menumpang sekaki… ilmu x setakat mane pon!)

    Sebenarnya banyak kelebihan berjanggut nih. Selain dapat membezakan antara lelaki dan wanita (elak tasyabbuh!) ia juga adalah satu-satunya sunnah yang akan dibawa ke dalam kubur. Sunnah tutup kepala, sunnah bertongkat, sunnah bermiswak, sunnah bercelak, sunnah kain atas buku lali (dipendekkan cerita sunnah ‘surah’ iaitu lahiriah/ penampilan…) semuanya akan ditinggalkan… tetapi janggut… xdenye tok imam akan suh potong jenazah punyer janggut (hehe~)…

    Selain mirip nabi… ape lagi modal kita nak iktibak nabi ye? Malunya apabila nak diinterview kelak nak minta sokongan nabi, tapi xde rupe nabi pon…

    p/s: Selamat Hari Raya. Ampun Dipinta, Maaf Diberi~ Semoga Ukhwah Ini Terus Terjalin=)

    ***

  2. Agak kelakar peraturan y dikeluarkan.
    Seperti kata sepohonkayu, semoga benda y sama tak berlaku di malaysia.

    Seorang artis ambil ketamin, sebok je kita pesan “jgn kerana artis A salahguna dadah kita anggap semua artis itu jahat”.
    Ramai juga remaja bersalib di leher yang cetuskan masalah di Barat, tapi tak semua yang bersalib itu dilabel jahat.
    Tapi setiap identiti umat Islam (bertudung, berserban, berjanggut) cuba sedaya-upaya dihapuskan waima oleh umat Islam sendiri.
    Alasannya; pengganas & pelampau agama.

    Kelakar, mudah pulak diorang generalize kan kesilapan individu sebagai kesalahan sebuah komuniti.
    Hakikat yang perlu ditelan umat akhir zaman.
    Allahualam~

  3. semoga tidak berlaku di bumi UPSI dan Malaysia serta di muka ini ..lau tidak hilanglah sunnah yg paling mudah untuk diamalkan..

    marilah kita semua berdoa kpd Ilahi agar dianggkat keagungan Islam. ameen.

  4. Salam syawal penuh lebaran mulia, qilah…

    benar kata kamu, isu ni bukan isu remeh tapi satu isu yang besar dan memberi kesan kepada semua (manusia berjanggut) terutama muslimin. Jika ini berlaku kepada malaysia, adakah kita hanya hendak jadi pak turut? Selamatkan sunnah nabi kita…

  5. Assalamualaikum,
    teruskan perjuagan & amalkan sunnah.
    kepada kerajaan kerajaan umat islam tu janganlah buat peraturan yg tak open minded & menyusahkan…Merdekakan jiwa, merdekakan fikiran, Selamatkan Sunnah nabi kita..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s