Kemerdekaan ke-52

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Sempat saya memenuhi jemputan untuk menjadi panel bagi diskusi kemerdekaan “Kemerdekaan dihayati, satu malaysia dihati” yang dianjurkan oleh mahasiswa/i semester 3. Hampir sahaja saya gagal memenuhi jemputan kerana punya tuntutan lain untuk dipenuhi. Tapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh penganjur yang menghubungi saya sejak 1 ogos lagi dan adik-adik yang datang ke rumah biarpun saya seringkali tiada seharusnya menjadi semangat untuk saya teruskan bagi berkongsi bersama mahasiswa/i. ALHAMDULLILAH, segalanya berjalan lancar. Digandingkan dengan sahabat lama saya yang kini presiden kelab debat,saudari habibah dan juga sahabat baru saya saudara ataullah memberi satu lagi pengalaman sepanjang berada di bumi UPSI.

merdekahkah kita?

Berbicara mengenai gagasan perdana menteri konsep satu malaysia dan kemerdekaan secara keseluruhannya forum fokus kepada isu perpaduan. Secara peribadi, saya juga tidak mahu konsep satu malaysia yang digagaskan oleh perdana menteri menjadi salah satu lagi projek politik yang mana akan dibentangkan setiap kali pemerintahan berubah. Lihat sahaja gagasan islam hadhari yang dibawa oleh mantan PM pada 2004-2009 seolah-olah pada masa kini kian pudar ditelan waktu. Adakah konsep satu malaysia ini juga akan mengalami nasib yang sama kelak?

Walaubagaimanapun, suka saya mengucapkan selamat menyambut  kemerdekaan yang ke-52 buat semua rakyat malaysia. Moga-moga kemerdekaan yang disambut dalam bulan ramadhan ini sebenarnya memberi kita semangat yang berterusan untuk terus menjalani ibadah puasa dan merebut ganjarannya dan fadhilatnya.ameen, insyaALLAH.

One thought on “Kemerdekaan ke-52

  1. Merdeka? betulkah rakyat kita sudah merdeka. bagi saya secara zahirnya nampak sudah merdeka tapi dari sudut dalamannya rakyat kita masih lagi dibelenggu dan dijajah. Buktinya..anda boleh lihat sendiri sekarang ni!!!sama-sama kita bebaskan diri dari belenggu yang melanda terutamanya dalam bulan puasa ini.. walau pepun,selamat berpuasa dan selamat menyambut hari kemerdekaan..teruskan perjuangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s