Mengisi Kemerdekaan di Bulan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Salam ramadhan buat semua,

Jujur saya masih mencari momentum untuk meneruskan penulisan di dalam blog. Mungkin juga terkesan dengan projek akhir penulisan thesis dan juga beberapa midterm serta quizzes yang mengisi setiap minggu. Namun, di bulan ramadhan ini seharusnya semangat kita perlu lebih dari kebiasaannya.

Bulan kemerdekaan pada tahun ini di sambut di dalam bulan ramadhan. ALHAMDULLILAH. Sebenarnya saya berusaha mencari bahan untuk dijadikan perkongsian bersama dengan junior-junior untuk memenuhi tuntutan menjadi salah seorang panel sempena menyambut kemerdekaan. Tertanya-tanya pada diri sendiri apa ertinya kemerdekaan kepada diri sedangkan kita masih dihimpit dengan penjajahan minda yang tidak berkesudahan. Benar, perjuangan dan erti kemerdekaan pada hari ini tidak sama dengan kemerdekaan pada zaman pejuang-pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu.

Saya teringat sedutan video seketika menonton ‘The Future of Our Religion’ oleh Tariq Swaidan, menceritakan kala mana Islam sudah menguasai Sepanyol, dan bagaimana tentera kristian merampas semula Sepanyol dari tangan orang Islam, bertahun-tahun intipan dibuat. Bermula dengan bagaimana pengintip terjumpa dengan seorang remaja lelaki yang menangis teresak-esak. bertanyalah pengintip tadi, akan gerangan apakah ia menangis. maka dia berkata bahawasanya ibunya tidak membenarkan ia menyertai tentera Islam selagi mana ia tidak khatam al-Quran. pengintip tadi pulang dengan membawa berita bahawa mereka masih belum bersedia untuk menyerang orang Islam. beberapa tahun kemudian, pengintip dihantar lagi. kali ini mereka terjumpa dengan seorang remaja lelaki lagi, sedang menangis. ditanya kepadanya, mengapakah kamu menangis? dijawabnya, bahawa ia putus cinta. ketika itulah saat di mana tentera kristian merebut peluang untuk menyerang orang Islam, sehingga Sepanyol jatuh ke tangan kristian.

Apalah adanya kemerdekaan tanpa diertikan sebenar-benarnya apa itu merdeka? Seakan-akan ia adalah laungan yang dimain-mainkan penjajah, memperbudakkan kita. tatkala kita dengan penuh yakin melaungkan kalimah merdeka, para penjajah balik dengan senyuman puas terlukis di wajah mereka. bahawa mereka tidak pulang dengan tangan kosong, bahkan mereka telah meninggalkan pasak-pasak peninggalan mereka, benih-benih pemahaman dan penjajahan mereka yang akan tumbuh meliar dan melilit setiap jiwa anak ‘merdeka’ kononnya.

budak_merdeka

Cukup sekadaran dengannya, kita tutup sirah pilu merdeka, mari singkap bagaimana dalam bulan ramadhan membawa erti kepada kita dengan tawaran kemerdekaannya.

Sebagaimana maklumnya kita, kita sedar dan waras bahawa bulan ramadhan adalah satu tempoh masa yang menjadi tarbiyyah buat diri kita. ya, ia satu latihan, dan didikan. ia mendidik bagaimana untuk memerdekakan diri. bagi mereka yang sepanjang masa diulit nafsu, serakah mahupun syahwat, dan seumpamanya, tentu sahaja ramadhan yang mendatang dilihat sebagai sesuatu yang menyeksakan, kerana mereka sudah asyik dan tenggelam serta hanyut dengan nafsu dan dunia.

Ramadhan datang dengan membawa kepada kita didikan apa itu erti kemerdekaan. Ia bukan sekadar satu didikan supaya kita merasa bagaimana jerihnya menjadi seorang yang miskin harta dan tidak mampu walaupun untuk sesuap nasi. lebih dari itu, ia mendidik kita bagaimana untuk merdeka daripada cengkaman nafsu. puasa datang dengan membawa kemerdekaan pada jiwa manusia daripada perhambaan nafsu. daripada kita merasakan keinginan-keinginan yang membentuk kehendak kepada sesuatu, ramadhan datang dengan seruan pembebasan daripada cengkaman nafsu. sesungguhnya nafsu adalah sekutu kuat syaitan, tatkala mana ramadhan tiba dan syaitan dan ketuanya iblis dibelenggu, maka nafsulah yang akan bermain peran untuk menjerumuskan kita ke kancah maksiat, daripada mengurangkan pahala berpuasa membawa kepada pembatalannya

Ramadhan datang membawa kerehatan kepada perut yang penat bekerja sebelas bulan dengan diisi makanan, diproses, dikeluarkan, berulang-ulang kali. namun dalam bulan ini, perut diberikan rehat berjam-jam, daripada memproses makanan-makanan yang masuk. tak kurang yang menjadikan ramadhan bulan ‘diet’, harapnya semoga berjaya. cumanya, samada kamu mengakhirkan ramadhan dengan redha Allah dan ganjaran-Nya, atau kamu mengakhiri ramadhan dengan penat dan lapar, serta perut yang ramping, sedang terlepas ganjaran-ganjarannya.

Begitulah juga pada bentuk nafsu yang lain. ia mendidik nafsu kita untuk berbelanja kepada berjimat, mendidik syahwat kita agar fokus kepada ibadat. apalagi yang membazir masa membuat sesuatu yang sia-sia, sedang nabi berkata, salah satu keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah padanya. kalau ada yang tetap kalah, maka dia sesungguhnya akan kalah dalam bulan tarbiyyah ini. dengan memerdekakan diri daripada nafsu ini, barulah kita mengerti dan memahami erti kemerdekaan.

Ramadhan juga datang dengan membebaskan kita daripada belenggu duniawi dengan tawaran ganjaran ibadahnya. bayangkan perkara yang sia-sia itu hanya akan mengurangkan pahala berpuasa, sehingga bisa membawa kepada pembatalannya. puasa mendidik kita agar menjadi seorang yang qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada), tidak kikir (kedekut) dengan hartanya, bersifat sabar, lebih-lebih lagi adalah disiplin. disiplin mendidik kita memahami kehendak berpuasa yang benar, mencontohi amalan-amalan sunnah nabi, melaksanakan suruhan Allah melalui kalam wahyu dan hadith, meninggalkan pula apa yang dilarang dan dibenci, juga syubhah (meragukan).

Kita boleh jadi sangat pemurah dalam membeli pakaian dan persiapan untuk ramadhan atau berpuasa, tapi amat kikir apabila sampai kepada bab menderma sedikit daripada harta yang ada. kita mampu untuk bersabar dan mengumpul duit untuk membeli sesuatu yang kita suka, tapi kita tidak mampu bersabar untuk mengumpul pahala sebagai satu perdagangan yang baik dengan Allah. alangkah malangnya kita dan sia-sia pula amalan yang kita buat. seakannya tiada guna kita berlapar dan berdahaga sekiranya hal yang kita ‘anggap’ remeh ini tidak mampu untuk dilakukan.

Bayangkan ganjaran kepada amalan-amalan yang dilakukan sepanjang ramadhan, siapa yang bisa memberi satu tawaran yang lebih hebat daripada Allah? sedang tawaran Dia kekal dan berpanjangan, bukan semata di dunia, malah ke akhirat sana. ramadhan datang dengan mendidik kita erti merdeka daripada perhambaan manusia, dan hanya menjadi hamba kepada Allah semata. maka ia menjadi satu bulan di mana kita bisa bertaqarrub lebih dengan Allah. kerana itu Allah perkayakan tawarannya di bulan ini dengan solat sunat Tarawih, tilawah al-Quran, Qiyamullail, dan juga lailatul qadr. dengan syaitan dibelenggu dan diikat, maka tiada apa yang menghalang kita daripada hendak beribadah kepada Allah. kalau masih lalai dan leka, serta tidak mahu kepada kebaikan, maka kita mungkin sudah berajakan nafsu.

Ramadhan datang membawa erti kemerdekaan, ertilah kemerdekaan ini pada hakikatnya bukan pada takrifnya semata. ayuh, perkasakan tubuh, perkayakan ibadah, mengejar redha Allah, mencapai mardhatillah….

p/s: teringat perbincangan saya dengan sahabat lama di mrsm dahulu apabila ditanya mengenai kemerdekaan, Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila berjaya melepasi Titian Siratul Mustaqim pada masa berada di Padang Masyar nanti. Selepas berjaya melepasi titian Siratul Mustaqim, maka berketawalah kita, berlompatlah kita malah bergembira atau menjeritlah semahu-mahunya kita. Ucaplah perkataan merdeka! merdeka! merdeka!Itulah erti kemerdekaaan yang sebenarnya. Kalau masih ada lagi bendera mana-mana negara, maka pacaklah di Padang Masyar nanti.

3 thoughts on “Mengisi Kemerdekaan di Bulan Ramadhan

  1. Salam aqilah.. salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah di bulan puasa.. anim nak tanye 1 soalan, tapi tak de kaitan dgn entri di atas pun..

    student yang pregnant tak leh praktikal ke? kalu EDD (expected due date)dia lepas habis praktikal pun tak leh jugak?? anim tak pregnant pun, tapi amik langkah berjaga2.. hihi

    • W’salam. Aniem, tak terlambat lagi mengucapkan selamat pengantin baru🙂. Student yang pregnant dibenarkan berpraktikal dengan syarat due date dijangka selepas praktikum kerana seboleh-bolehnya pelajar seharusnya menghabiskan 16 minggu disekolah tanpa bercuti.

      Tapi, sebenarnya apabila pelajar dah disahkan mengandung sebaik-baiknya berbincang terus dengan penasihat praktikum atau pensyarah yang akan observe kita nanti supaya boleh membuat observation lebih awal dan apabila setelah 2 minggu lepas bersalin, pelajar boleh terus mengganti tarikh yang bercuti. InsyaALLAH takde masalah. Dan yang paling penting tak perlu extend. boleh grade sama-sama.🙂 kalau mengandung satu nikmat juga aniem.

  2. salam kak qilah..em teringat tentang meeting kami td..em dalam berbincang-bincang terselit perbualan yanie ngan kak mas jap..kak mas tanya “yanie blh klim dah kan duit yg kte byr kat perceramah”..yanie jawab “em kata kak ecah kte x blh klim melainkan selepas 27hb8..kiranya duit yg sebelum ni burn la..x leh klim..”..

    Em terfikir apa yg kak mas kata kat yanie..
    ‘byk benda akak x puas hati ngan pejabat n hep..klu prgrm keagamaan susah sgt duit mereka nak bg..kalau progrm hiburan sng2x je dpt peruntukan tu’

    Berbalik kepada td em betul jugek kan..kalau manusia masih fikirkan ttg hiburan mcmane nak mencapai “kemerdekaan” yg sebenar yang kita kehendaki..adakah kita ni layak mendapatkannya..semoga kemerdekaan yg kak kilah cter td tu kte semua akan memperolehinya..amin ya rabb..

    Salam ziarah ke blog akak..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s