Aduhai mahasiswi

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Sekian lama saya diminta oleh sahabat-sahabat dan junior-junior untuk menulis mengenai hakikat mahasiswi yang sibuk mencari jodoh di universiti. Baru sekarang saya mampu untuk penuhi. Saya yakin, komposisi yang ramai daripada lelaki menyebabkan kebanyakan mahasiswi-mahasiswi gusar dengan keadaan yang sedikit ‘terdesak’. Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan fitrah manusia itu hidupnya berpasangan, magnet diri antara lelaki dan perempuan sungguh luar biasa kuasanya. Biarpun di sana takdir dan jodoh kita telah ditentukan, kita masih lagi hidup dalam kegusaran mengenainya. Sedikit perkongsian diharapkan kesudian pembaca budiman untuk cermati penulisan ini.

Secara peribadi,  persoalan mengenai jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ianya bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya maka  jauhlah perjalanan kita. Ada individu jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum lagi apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Pesan pada diri, nyatakanlah perasaan dan keinginan kalian itu dalam doa dalam lewat sembahyang. Allah itu mendengar.  Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat “Mr Right” dan biar seorang diri daripadan menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Sememangnya kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu menyangka, diri ini  pasti bahagia kalau mendapat apa yang diingini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Analogi mudah yang saya ingin bawakan, kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya  apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tidak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika diri terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Diri pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya  menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

PAIRS

Hakikatnya, bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki  ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila kita gagal melaksanakannya, kita sebenarnya membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Aduhai diri,
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta  kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan  segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dahulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika merasakan diri belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar untuk berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan-tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

“Cukuplah Allah sebagai penolongku dan kepada-Nya aku bertawakal, ya ALLAH,  temukanlah jodoh yang terbaik untuk hambaMU” ameen.

Advertisements

7 thoughts on “Aduhai mahasiswi

  1. Alhamdulillah.
    satu perkongsian yang lagi dari isu yang sama..
    Betul kadang2 terlalu penat u mengupas isu ini..
    malah kadang2 penat sangat..
    Hakikat analogi di atas adalah benar..
    Begitulah kupasan sy dlm entry sy SOLEHAHKAN DIRIMU DAHULU HAWA (http://jajawatie.blogspot.com/2009/06/silapkah-mereka-persiapkan-diri-mu.html)
    Mungkin cara kupasan yang berlainan namun pointnya sama..
    Takut untuk mengulas pnjang sebab diri belum diuji namun pesan pada diri, pesan pada semua banyakkan berdoa.
    Allah telah tentukan yang terbaik..DIA tahu yang terbaik..
    Bagi yang belum bercalon doakan dilengkap ilmu yang baik dan bertemu calon yang terbaik
    Bagi yang dah bercalon , doakan moga diberkati NYA
    Bagi yang sudah membina bait dakwah, doakan moga dapat memperolehi keluarga sakinah yang dilimpahi dengan mawadah wa rahmah.
    Apa yang penting senyum dan tenang dengan ketentuan Allah

  2. Assalamualaikum wbt…

    Qilah, moga kita semua dalam peliharaanNya… Jodoh buat kita pasti datang kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Mencegah lebih baik dari mengubati…

    Wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Manisnya bercinta sebenarnya adalah apabila kita menjadikan Allah sebagai cinta utama. Bercintalah pada yang hak kerana kita tidak akan rugi padanya.

    “Ya Allah, kurniakanlah kami jodoh yang baik, yang soleh, yang dapat membimbing kami ke jalanMu Ya Allah. Kau Pelihara kami dari hasutan nafsu. Kau Lindungilah kami dari tipu daya musuh utama kami. Hanya padaMu kami berserah dan bergantung harap”

  3. Salam.
    bersangkut paut dgn tajuk ni, sya dalam proses ingin menghasilkan assignment dan dilanjutkan pembikinan telemovie berkaitan dgn persoalan di atas.smoga diluluskan oleh pensyarah.

  4. bukan mudah nak bertemu ngan mr right… klu ada jodoh tu ada la.. yg penting, sebagai wanita, ber’aqallah dlm melakukan apa2 keputusan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s