Imbasan kenangan

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULILLAH

Minggu ini saya penuhi dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Alhamdullilah, tahniah saya ucapkan kepada Permas atas penganjuran Simfoni Warisan yang menawarkan pelbagai pengisian yang menarik. Sebelumnya saya sempat menghadiri Bicara tokoh bersama Profesor Khoo Khay Kim dan juga Forum bicara Addin yang mengimbau kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dan diantara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan debat kemerdekaan. Saya penuhi jemputan menjadi juri debat untuk beberapa pusingan. Jujur, melihat semangat para peserta mengimbau kembali kenangan saya menjadi peserta seawal di semester satu. Semestinya saya dipertemukan dengan senior-senior debat yang banyak mengajar saya sehinggalah berkesempatan menjadi pendebat universiti disuatu ketika dahulu.  Alhamdulillah, dan kini saya melihat junior-junior debat yang ada sememangnya lebih hebat dari saya. Moga kalian terus maju dalam arena perdebatan!

 

2 thoughts on “Imbasan kenangan

  1. salam..hehe..teringat zaman sem 1 berlawan dgn team korang..lawak pulak ingat zaman muda..apapun..itu kenangan…junior2 debat mmg power skg ni..

Leave a comment