Berita dari bahagian akademik ix

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya baru sahaja menerima terus penerangan mengenai sistem baru pendaftaran semester yang bakal dijalankan pada semester depan. Mahasiswa/i perlu mengambil kira beberapa perkara dan perubahan yang dilakukan oleh bahagian akademik bagi memudahkan urusan pendaftaran semester dan mengelakkan daripada didenda. Berikut beberapa perkara yang perlu dicermati:

1) Pendaftaran semester

Permulaan  semester 1 2009/2010, pendaftaran semester akan dibuat secara online bermula 1 Julai sehingga 6 Julai 2009. Mahasiswa/i diminta untuk membuka laman web myupsi portal untuk membuat pendaftaran semester dengan mengemaskini bahagian profile terutamanya pada bahagian no telefon dan alamat semasa. Proses mengemaskini profile yang lengkap akan membolehkan mahasiswa/i mencetak jadual waktu kuliah untuk semester hadapan.  Perlu diingatkan, bahawasanya pendaftaran semester hanya selesai sepenuhnya sebaik sahaja mahasiswa/i mendapatkan jadual kuliah masing-masing menerusi myupsi portal.

Dengan sistem ini, pihak fakulti tidak akan memberi jadual kuliah yang biasanya diambil di pejabat fakulti masing-masing dan mahasiswa/i boleh membuat pendaftaran semester dalam tempoh 1-6 Julai 2009 biarpun tidak berada di UPSI. Sekiranya mahasiswa/i tidak melakukan online pendaftaran pada masa yang diberikan, anda perlu menjalani proses pendaftaran secara manual dengan merujuk ke bahagian fakulti masing-masing.

2) Kuliah

Kuliah akan bermula pada 6 Julai 2009. Mahasiswa/i dinasihatkan merujuk jadual kuliah masing-masing, disamping memastikan diri hadir kuliah seperti biasa. Proses pengambilan kedatangan oleh pensyarah-pensyarah mengajar dan bagi 3 kali ketidakhadiran ke kuliah akan dibar daripada memasuki peperiksaan.

3) Slip keputusan peperiksaan

Untuk pengambilan slip keputusan peperiksaan akan bermula pada satu tempoh yang ditetapkan oleh fakulti dan mahasiswa/i boleh mendapatkannya di pejabat fakulti masing-masing. Urusan pengambilan slip keputusan peperiksaan akan dibuat  setelah bermulanya sesi kuliah.

4) Ulang peperiksaan

Bagi mahasiswa/i yang ingin mengulang semula peperiksaan bagi subjek yang gagal, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkan kebenaran pensyarah yang mengajar subjek berkenaan dan membuat pendaftaran online semasa minggu tambah gugur.

Sumber:

Bahagian  Peperiksaan dan Pendaftaran Akademik Upsi

Saya menyarankan agar mahasiswa/i peka dengan perubahan dan tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda dan memudahkan sesi pembelajaran pada semester baru. Pastikan juga mahasiswa/i mendapat berita daripada sumber yang sahih dari pihak yang berautoriti bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku. Sama-sama kita mulakan semester baru dengan satu langkah baru yang lebih cemerlang, insyaALLAH!

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 2008/2009

3 thoughts on “Berita dari bahagian akademik ix

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s