PPSMI : Pengakhirannya bagaimana?

Bismillahirrahmanirrahim

Isu PPSMI masih belum menemui penyelesaiannya. 26.5.09 , kerajaan telah bersuara melalui TPM.

Bagaimana keputusannya?

Terbaru,Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka dapat dibuat beberapa minggu lagi.

“Saya telah katakan, saya (berada) di peringkat yang akhir (membuat keputusan). Saya menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak mengenai kedudukan PPSMI. Dan masih lagi bersikap terbuka menerima pandangan pelbagai pihak yang lain.

“Dan dalam beberapa minggu yang akan datang ini, kita akan halusi. Dan saya akan membuat beberapa keputusan bagaimana kita hendak menangani isu yang berbangkit mengenai PPSMI,” katanya di Putrajaya selepas menerima kunjungan tujuh NGO utama Cina.
sumber : Malaysiakini

Antara respon lain yang diperolehi

Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh sehingga enam bulan sama ada akan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menimbulkan kemarahan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia China, Universiti Pengajian Asing Beijing, Prof. Dr Awang Sariyan.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily mempersoalkan sehingga bila kerajaan akan yakin hasil pemikiran dan kajian ahli ilmu sehingga memerlukan tempoh yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai dasar tersebut.

“Sebenarnya saya sudah jemu untuk memberi komen mengenai isu ini. Kami di kalangan pejuang bahasa sudah kering tekak dan sudah memberi semua hujah. Sudah bertimbun kertas kerja, memorandum dan buku yang kita kemukakan. Adakah itu tidak cukup untuk kerajaan membuat keputusan?

Pengakhirannya bagaimana?

Jujurnya, andai dasar ini diteruskan ianya sememangnya bertentangan dengan dasar PIPP yang menyentuh perkara keempat (merapatkan jurang pendidikan). Jelas sekali, PPSMI bertentangan dengan PIPP yang turut direncanakan. Yang cemerlang akan terus cemerlang manakala yang lemah akan terus lemah. Saya tidak menolak kepentingan bahasa Inggeris, namun melihat kepada natijahnya kepada anak bangsa, seharusnya ianya harus dinilai semula oleh kerajaan.

Sebut sahaja kajian-kajian oleh ahli akademik yang dibentangkan, semuanya condong dan bersetuju andainya dasar ini dihapuskan. Penangguhan yang dibuat akan menyebabkan lebih ramai pelajar-pelajar yang terus terkorban dalam berusaha mengikut dasar ini. Benar, penantian itu satu kelemahan!

Advertisements

One thought on “PPSMI : Pengakhirannya bagaimana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s