Bohsia : Pi mai Pi mai Tang Tu

Oleh : Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff
Exco Akademik & Kerjaya sesi 08/09
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI

8cee53d501461f12Kepekaan kita terhadap pergerakan sekeliling merupakan satu anjakkan penting untuk mendesak kepada perubahan. Benar menyalahi orang adalah lebih mudah dari melihat kesalahan sendiri. Tetapi membiarkan kesalahan orang lain tanpa membetulkannya adalah lebih buruk dari membetulkan diri tanpa menghiraukan orang lain.

‘Mencari salah’ dengan ‘ternampak kesalahan’ adalah dua perbuatan yang amat berbeza. Firman ‘Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan ma`ruf (yang baik-baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang” (al-Imran:104) tidak akan dapat dilaksanakan jika kita menutup mata melihat kesalahan yang dilakukan.

Memang persoalan yang melibatkan wanita dan remaja perempuan adalah sesuatu yang begitu kompleks. Sebab itulah terdapat beberapa peruntukkan tertentu dalam al-Quran yang hanya membicarakan persoalan mengenai wanita. Pemerhatian khusus ini diakui oleh Allah swt dengan menurunkan beberapa surah yang sebahagian besarnya mencakupi hal-ehwal kewanitaan.

Oleh itu, tidak ada penafian untuk menidakkan keterlibatan wanita untuk bersama membangunkan dunia. Pengasingan wanita dari kepelbagaian bidang yang bertanggungjawab menjadi alat kepada pembangunan hanya akan menyebabkan pertumbuhan pembangunan yang tidak seimbang. Kesan dari ketidak-seimbangan tersebut akan menyebabkan keruntuhan moral dan kebejatan sosial merebak pantas.

Gejala sosial dan bohsia yang semakin berlarutan mutakhir ini adalah kesan dari pertumbuhan masyarakat yang lebih mementingkan kehidupan secara individualistik. Sikap pentingkan diri (selfish) wujud apabila tidak ada kemahuan untuk mengisi kepelbagaian bidang serta hanya mementingkan sektor tertentu yang menjamin imbuhan dari khidmat bakti. Budaya rempit sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi setelah golongan mat rempit ini semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu ‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk, aktiviti rempit ini turut melibatkan golongan remaja perempuan. Golongan remaja perempuan ini biasanya dikenali sebagai Bohsia. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka ini semuanya beragama Islam. Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan muda-mudi Islam. Isu bohsia bukan isu yang baharu. Namun, sedar atau tidak, andai ianya dibiarkan berpanjangan, bagaimana bisa kita mengembalikan kegemilangan serta peranan wanita yang mampu untuk menggoncangkan dunia?

Meneliti keadaan sosial golongan remaja perempuan kini terutamanya bohsia, pelbagai aspek perlu diteliti mengenai punca sebenar mengapa dan bagaimana terjadinya kebejatan yang semakin menggugat imej remaja itu sendiri. Antara faktor yang mendorong ke arah kerosakan ini adalah persekitaran. Persekitaran mempengaruhi akhlak individu dalam masyarakat dalam erti kata ia menggalakkan perkembangan aspek tertentu namun pada masa yang sama menghindarkan perkembangan aspek lain. Persekitaran yang mengamalkan pengasingan nilai kerohanian daripada urusan keduniaan dan persekitaran sosial budaya yang bersifat sekular liberal dan materialistik.

Slide1

Budaya hiburan dan ungkapan ´born to be free´ dan ´muda hanya sekali´, sudah sinonim dengan kehidupan remaja kini. Kehidupan hingar-bingar di kota-kota besar kini seakan keperluan asas bagi remaja ini. ´keperluan´ ini pula secara langsungnya, menghidupkan dan menyuburkan lagi kewujudan pusat-pusat hiburan. Malah, akibat daripada ´sokongan padu´ yang ditunjukkan oleh remaja ini merancakkan lagi pusat-pusat hiburan yang berlesen mahupun tanpa lesen ini memanjangkan lagi waktu operasinya sehinggakan ke dinihari.

Langkah penyelesaian yang menyelesaikan

Kita tidak akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan akal dan terus tersesat jalan dengan cuba mengubati penyakit dengan mengubati simptomnya sahaja. Ibarat kata, jika atap sebuah rumah itu bocor dan menyebabkan air menitis setiap kali hujan melanda, umat Islam sibuk mencari penyelesaian dengan mengambil baldi atau lain-lain bekas untuk menakung air yang bocor itu. Mereka sibuk berbincang dan bertelagah sesama sendiri sama ada baldi atau besen yang lebih sesuai. Mereka juga sibuk berbincang saiz baldi dan besen yang akan digunakan. Persoalannya, apakah selesai masalah dengan pendekatan sebegini, jikapun yang diambil itu adalah baldi atau besen emas sekalipun? Hakikatnya, kita mengetahui bahawa satu-satunya jalan penyelesaian yang akan menuntaskan segala masalah ialah dengan membaiki atap yang bocor tadi. Inilah penyelesaian yang hakiki.

Justeru apa yang ingin diutarakan ialah penyelesaian yang hakiki bagi semua permasalahan hidup manusia adalah Islam. Kerana yang menjadi punca kepada segala masalah ialah tidak diterapkan Islam di dalam kehidupan. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, remaja aset bangsa. Ayuh, kita perlu terlibat bersama dan ini memerlukan kita mempunyai jiwa, ilmu pengetahuan, ketrampilan dan sikap yang bersesuaian. Kita mesti merasakan diri sebagai sebahagian daripada entiti yang mampu untuk merobah dan bukannya orang asing bagi sistem atau pun masyarakat di mana kita berada. Jangan biarkan isu bohsia jadi pi mai pi mai tang tu, sekaligus menjadi barah dalam kehidupan kita!

Advertisements

One thought on “Bohsia : Pi mai Pi mai Tang Tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s