Selamat Bercuti

Bismillahirrahmaniirrahim

ALHAMDULLILLAH

Usai peperiksaan. Syukur ya ALLAH, yang memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang berbaki lagi dua semester di bumi UPSI. Semester 6 ini berakhir dengan seribu satu pengalaman pahit manis selaku pelajar di UPSI.

Saya rindu untuk menulis apabila setelah sekian lama berehat untuk fokus pada peperiksaan. Melihat kepada angka blogstat yang menjangkau ke angka 15 000 saya pasti blog guruohguru menjadi singgahan para pembaca budiman sekalian. Terima kasih untuk semua. Angka hits pengujung yang mencecah 30-60 orang setiap hari, merupakan suatu perkara yang memberi semangat untuk saya terus menulis.

Jujur saya mula menulis pada pertengahan 2007, ketika bidang penulisan blog masih belum mendapat tempat di hati mahasiswa-mahasiswi. Dan pola penulisan yang dahulunya selaku jawatankuasa mahasiswa kolej dan sekarang sebagai mpp sudah pasti isunya sedikit berbeza sesuai dengan peredaran semasa. Dan jika punya usia dan masa, mungkin akan berbeza selepas tamatnya pengajian kelak.

Yang pasti harus dimurnikan semula niat untuk menulis bukanlah  untuk menabur fitnah dan biarlah ianya menjadi medan dakwah yang berguna untuk semua.

3252191625_73b039f59c

Berakhir sudah peperiksaan

Minggu peperiksaan juga telah berlalu dan melihat kepada keadaan kolej yang mula lengang menandakan cuti semester sudah pun bermula. Suka saya berpesan pada diri dan mahasiswa/i, manfaatkan cuti sepenuhnya. Pada mereka yang punya ibu bapa, ziarahilah mereka dan berbaktilah selagi mereka ada di dunia ini. Ibu bapa merupakan aset utama kita.

Saya menerima pelbagai rungutan berikutan ketiadaan minggu ulangkaji. Jadual exam yang ketat dan sebagainya. Surat permohonan dan perjumpaan secara rasmi telah pun diadakan bagi menuntut diadakan semula minggu peperiksaan namun ianya ditolak berikutan beberapa masalah daripada bahagian akademik. Saya mohon maaf kepada semua. Saya yakin kalian telah berusaha yang terbaik dalam peperiksaan akhir ini dan teruskan berdoa biapun peperiksaan sudah berakhir. Semoga  keputusan cemerlang akan diperolehi dengan izinNYA. ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. InsyaALLAH.

Untuk mereka yang berada di tahun akhir, sudah pasti bakal sibuk dengan penulisan thesis serta pembentangan proposal.Kita selesaikan sebelum cuti bermula. Bagi mahasiswa/i yang memulakan ROS, kutiplah sepenuhnya pengalaman yang berharga untuk menjadi panduan apabila kita menjadi guru kelak.

Akhir kalam, selamat bercuti untuk semua, manfaatkan masa yang ada sepenuhnya!

‘Transform with knowledge’

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 08/09

Advertisements

3 thoughts on “Selamat Bercuti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s