Salam Peperiksaan

Perutusan Khas Sempena Peperiksaan Akhir
Daripada : Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

peperiksan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada sahabat-sahabat perjuangan, pembaca blog yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat saya meluangkan masa untuk menitip sedikit pesan dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati.

Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan untuk semester 2 sesi 2008/2009. Semoga berjaya semuanya yang saya harapkan. Minggu peperiksaan merupakan minggu perjuangan bagi kita untuk mendapatkan kejayaan setelah bertungkus lumus menuntut ilmu sepanjang sesi semester kemudian pada akhir semester ilmu yang telah dipelajari itu akan diuji untuk memastikan kita benar-benar mendalami ilmu yang dipelajari.

2780134754_f5672d806e_o

Saya percaya ramai di kalangan kita terhutang budi dengan pensyarah kita. Malah mungkin ada segelintir kita secara sengaja atau tidak telah melukakan hati mereka. Kita mungkin terlepas kelas akibat tertidur ataupun kita tertidur dalam kelas. Mungkin juga kita tidak menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.

Maka dengan itu, marilah kita gunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pensyarah kita dan mendoakan insan-insan yang telah berkorban untuk kita ini. Nabi pernah bersabda

“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” (Hadith Sahih Riwayat Ahmad)

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon maaf dari para pendidik atas segala kesalahan yang pernah saya lakukan secara sedar atau tidak. Semoga Allah memberkati kalian atas segala usaha kalian. Amin.

Kepada sahabat-sahabat, muslimin dan muslimat, panjatkanlah doa kepada Allah SWT semoga dipemudahkan urusan semasa menjawab soalan-soalan yang tertera pada kertas soalan. Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam yang lain, berdoalah mengikut cara dan amalan sahabat-sahabat sendiri. Yang penting di sini adalah, usaha itu adalah datangnya daripada kita sendiri.

Tidak ada apa lagi yang saya harapkan disini, selain mendoakan kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi samada dalam bidang akademik mahupun bidang-bidang diluar akademik yang mendorong kita ke arah kebaikan dan menyumbangkan kebaikan itu untuk sesama insan.

Sekian sahaja perutusan saya untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi. Wassalam.

“Transform with Knowledge”

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09

P/S :Salam kerinduan dan kasih, buat ayahanda dan bonda, selamat berangkat ke bumi barakah menunaikan umrah. doakan kejayaan cemerlang anakanda di dunia dan akhirat. doa dan restu kalian merupakan mutiara-mutiara mustika embun yang amat bernilai. ameen.

Advertisements

2 thoughts on “Salam Peperiksaan

  1. Assalamualaikum wbt….

    sahabat…doakan kejayaan kita bersama..
    terlalu banyak perkara yang kita lakukan bersama antara sedar tak sedar pasti ada kata-kata yang menyinggung hati mana2 pihak…

    ana minta maaf moga kita sentiasa di bawah lembahyung rahmat Ilahi…

    p/s aku pasti akan rindukan saat kita sama2 berjuang. dan aku yakin pada kamu sahabat, kamu mampu melakukan yang terbaik..doakan sahabat mu ini sentiasa segar dalam keimanan dan tenggelam dengan ayat2 alquran serta keyakinan akidah nan satu….Islam dulu, kini dan selamanya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s