Gelombang parah akhlak pelajar

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah

Masih belum terlambat saya merespon mengenai isu keruntuhan akhlak dikalangan pelajar yang kian meruncing. Sungguh, saya merasakan tugas seorang bakal guru kian berat dan perlu bersedia untuk mendepani keruntuhan akhlak pelajar.

 258523278_bfd23698e31

Umum kita menyaksikan di dada akhbar melaporkan mengenai permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar malah ianya menjadi perbahasan hangat di kalangan pelbagai pihak. Pelbagai bentuk masalah disiplin dan akhlak pelajar seperti vandalisme, gejala buli, pergaduhan, kegiatan samseng, kes memukul guru, kes membakar sekolah dan sebagainya.

Hasil kajian Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 mengenai kes gengsterisme yang dipaparkan menerusi media Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2009, mendapati bahawa 459 daripada 1560 sekolah menengah harian terdedah kepada budaya samseng ini. Kes guru pernah ditampar pelajar malah yang terkini menerusi laporan Berita Harian bertarikh 5 Mac 2009, seorang guru Bahasa Inggeris telah disimbah asid merupakan antara tragedi yang amat menakutkan. Lebih mengejutkan lagi, pihak Kementerian Pelajaran mendedahkan kira-kira 76,300 atau 1.09 peratus daripada keseluruhan tujuh juta pelajar di negara ini terbabit dalam pelbagai masalah disiplin. Perlu diinsafi rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kalangan pelajar kini mendukacitakan, sekali gus ia menjadi isyarat jelas bahawa indeks keruntuhan akhlak di kalangan pelajar negara berada di paras berbahaya.

pelajar

Adakah kita selaku bakal guru pada masa depan bersedia untuk mendepani karenah pelajar yang lebih mencabar? Dengan berbekalkan pengatahuan psikologi, pedagogi disulami dengan pengetahuan mengenai subjek, adakah ianya benar-benar dapat membantu kita kelak di sekolah? Selaku bakal guru, tanggungjawab kita pada masa depan adalah melahirkan insan-insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelektual malah akhlak juga perlu dititikberatkan. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ramai guru yang mampu untuk melahirkan pelajar yang bijak namun belum tentu soleh dan baik akhlaknya.

Menyedari hakikat guru pada masa depan yang terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang ada, kita perlu menginsafi apakah corak pendidikan dan asuhan yang sudah dan sedang dicurahkan kepada anak muda masih tidak mencukupi, lantaran itu mereka begitu mudah terjerumus ke kancah yang akhirnya bukan saja memudaratkan diri mereka sendiri, malah mengancam kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.

Gelombang keparahan akhlak pelajar-pelajar ini sebenarnya bukan sahaja membahayakan golongan pelajar malah guru-guru juga diambang bahaya. Oleh itu, adalah tidak wajar kita memandang remeh terhadap apa yang berlaku dan seterusnya menganggap ia masih belum serius dan dalam keadaan terkawal. Kita mesti berwaspada dan berhati-hati serta sentiasa beringat sepanjang masa. Jangan pula apabila masalah menjadi serius dan parah, barulah kita mahu mengambil tindakan susulan pada hal ia sudah terlambat bak kata orang tua, “Sudah terantuk baru terngandah”. Hakikatnya, tugas kita selaku bakal guru akan datang semakin mencabar,namun bersediakah kita?

“Transform with knowledge”

NUR AQILAH HANIS BT MOHD YUSOFF
Exco Akademik & Kerjaya
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009
UPSI

3 thoughts on “Gelombang parah akhlak pelajar

  1. Assalamualaikum..

    akhlak remaja sekarang ini sememangnya semakin kecundang..

    ana dapat saksikan sendiri, ada remaja yg mengikuti perarakkan maulidurasul sambil berbangga menghisap rokok sedangkan org lain berselawat..
    mungkin kurangnya ilmu agama dalam diri yang menjadikan remaja tidak merasakan perasaan takut dan bersalah melakukan hal yg sedemikian..

    apa yg ana sentiasa ingt , kita dikurniakan akal dan hati..
    dan hati kita sentiasa dibisikkan oleh 2 makhluk Allah..
    iaitu malaikat dan syaitan..
    malaikat membisikkan ke hati kita utk sentiasa beringt kepada Allah pencipta alam , manakala syaitan pula membisikkan agar melanggar larangan Allah SWT..
    oleh itu, sebenarnya, setiap tindakan kita menunjukkan keikhlasan dan kebersihan hati seseorang..

  2. Paradigma baru hanya akan terhasil bila kita mampu membebaskan diri daripada penjara paradigma lama.Berfikiran secara lebih kreatif, kritis dan lateral amat penting untuk mendapatkan sudut pandangan yang berbeza.

    Sebarang usaha tidak akan terhasil kecuali dengan idea.Sudah tentunya paradigma baru yang teranjakan akan menghasilkan sesuatu yang baru.

    Anda pasti merasai perubahannya.

    “”janganlah kita hanya mengikut denai yang sedia ada,sebaliknya pergilah ke tempat yang belum ada denai dan tinggalkanlah jejak kita”

  3. saya selaku pelajar sekolah agama berasa hiba kerana remaja sekarang sudah mula mencermarkan maruah agama dan mempertaruhkan cinta yang disyariatkan oleh RASULULLAH SWA sebagai landasan untuk melakukan zina….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s