Time, cradle of hope

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Saya letakkan mode ‘pause’ untuk meneruskan rutin-rutin saya dalam memberi ruang untuk mencoretkan sedikit tatapan perkongsian buat semua.

Dalam meneruskan rentak rutin lazim kehidupan selaku mahasiswa , jujurnya saya berdepan dengan pelbagai karenah manusia yang kadang kala sukar untuk difahami dan sudah semestinya ianya boleh dijadikan iktibar buat diri.

Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Adakah benar dakwaan ini? Ya, ada kebenarannya. Rasionalnya orang yang sibuk sahaja mampu menguruskan masa dengan baik. Orang yang sibuk juga dapat meletakkan keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak, mana yang penting, mana yang segera. Pandangan ini boleh diterima atau ditolak. Terpulang pada masing-masing.

Tetapi sebelum itu, sebelum menjatuhkan hukum bahawasanya kita seorang yang sibuk, soalan yang paling asas untuk ditanyakan pada diri kita ialah sibuk kita untuk apa? Sibuk atau penyibuk? Sibuk atau menyibuk? Sebagai Muslim, kita mesti sibuk untuk ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja aktiviti kita berdasarkan keutamaan dan kesegaraan dalam jenis-jenis ibadah itu, nescaya kesibukan kita berbaloi. Sibuk kerana ALLAH.

Kita seharusnya merasa malu dengan para sahabat Rasullah s.a.w. Kuantiti masa yang diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, yakni 24 jam sehari semalam. Tetapi kualiti masa mereka terlalu jauh dibandingkan dengan kita.

Menelusuri sirah Rasullah dan sahabat-sahabat baginda

Para sahabat Rasullah bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. ¾ daripada mereka meninggal dunia di luar Semenanjung Arab. Jejak dakwah dan jihad mereka sampai ke Eropah, India, China dan Asia tanpa teknologi canggih seperti yang kita miliki. Masa mereka seolah-olah terlalu ‘banyak’ dan ‘panjang’ berbanding kita. Benarkah begitu?

Berbeda dengan kita selaku mahasiswa. Jika mahu dikatakan sibuk, sememangnya sibuk, Masakan tidak, ada antara kita yang sambil memandu atau menunggang motosikal masih sempat menghantar SMS. Menguyah makanan sambil berbual di handphone. Yang bekerja sehingga tidak sempat menziarahi ayah bonda di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar IPTA ‘terlupa’ untuk menelefon ayah bonda. Sibuk sangat dakwanya.

Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyibukkan kita. Pesan pada diri, musuh perkara yang ‘lebih penting’ ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika mereka mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan. Kadang-kadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah dengan solat sunat, antara dakwah dengan berniaga, antara berjihad dengan menuntut ilmu, antara yang baik itu, mana yang lebih baik, mengikut masa, situasi dan kondisi.

Benar, mereka cintakan Allah, mereka disibukkan kerana Allah. Cuba kita dengar apa yang dirintihkan oleh Saidina Umar Al-Khattab, ‘Aku tidak tidur pada malam hari, bimbang urusanku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur siang hari, gusar urusanku dengan manusia tidak selesai. Ya, Umar ialah individu yang paling sibuk sewaktu memimpin urusan umat Islam.

samp4b5e01de729752111

Renungan buat diri

Di tengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sibuk, cuba ‘pause’ sebentar. Renungi sedalam-dalamnya, sepanjang-panjangnya, apa yang sebenarnya kita sibukkan? Bimbang juga, kesibukan kita ialah suatu ‘deraan’ yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan ALLAH.

Stress, tension, boring…. Ialah toksik baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Carilah semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semua apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Syafie ‘Peredaran masa ialah suatu yang aneh, tetapi aneh lagi manusia yang melengahkannya’

Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setiap masa. Siapa temanmu dalam kesibukan waktu? Suara siapa yang sering berbisik di hatimu? Ilham daripada para malaika atau bisikan syaitan yang tidak pernah puas menggoda anak adam. Yakinlah, kasih sayang ALLAH sesungguhnya masih sudi singgah dihatimu yang berdosa.

Kekadang ‘jemputan ke daerah kebaikan’ singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, ‘Sampai bila aku harus begini’… Kata hukamak “Apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan”

Ya Rabb, ampunkanlah dosa hambaMU ini. Ameen.

Advertisements

4 thoughts on “Time, cradle of hope

  1. Salam,

    Benar, adakalanya untuk mengasah gergaji supaya lebih tajam, pengasahnya perlu dibaiki terlebih dahulu.

    Cara untuk lari dari masalah adalah hadir ke program-program pemantapan iman atau beribadah dengan khusus buat satu hari. InsyaAllah kita akan jadi orang yang paling semangat untuk beraktiviti keesokan hari.

  2. Salam, syukran atas saranan dan nasihat. Sesungguhnya tuntutan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Manfaatkan sepenuhnya usia muda yang berbaki. 🙂

  3. “Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Adakah benar dakwaan ini? Ya, ada kebenarannya. Rasionalnya orang yang sibuk sahaja mampu menguruskan masa dengan baik. Orang yang sibuk juga dapat meletakkan keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak, mana yang penting, mana yang segera. Pandangan ini boleh diterima atau ditolak. Terpulang pada masing-masing.”

    setuju dengan ungkapan ini.bila sibuk pastinya kerja akan terurus sama ada dengan baik atau tidak. namun akan menghasilkan kerja yang diharapkan. mungkin perspektif pengurusan sahaja yang kadangkala tidak menepati kehendak sepenuhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s