Anda Sibuk?

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

 

Saya kira agak lama saya tidak mencoretkan pengisian santai untuk dikongsikan bersama. Hakikatnya sungguh, saya juga dilanda syndrome assignment, report, proposal, quizzes, midterm, macroteaching dan presentation. Sudah pasti rakan-rakan UPSI bersetuju dengan saya. Inilah saya kira keunikan universiti kesayangan kita apabila melihat bebanan tugas pelajar selaku bakal guru sememangnya menimbulkan keresahan dalam diri.

 

‘Aqilah, saya memang tak larat dah nak buat assingments yang tiada penghujung ni’

 

‘Saya rasa perlu dikurangkan untuk sem depan’

 

 ‘Lepas presentation ni, minggu depan ada lagi presentation’

 

 ‘Untuk esok, kita jumpa untuk discuss assignment yang ketujuh kita’

 stress-12

Ini merupakan dialog-dialog biasa apabila berada di pertengahan semester. Lebih-lebih lagi pada semester ini merupakan short sem. Itu situasi di kampus. Berbeda pula ceritanya dengan senior-senior yang sedang berpraktikum

.

‘Saya masuk dalam kelas hanya ada 8 orang sahaja pelajar’

 

 ‘Lepasni saya tekad saya taknak jadi cikgu’

 

 ‘Suara saya semakin kuat akibat sering menjerit memanggil pelajar’

 

Mungkin segelintir sahaja yang mengalami situasi tersebut. Ada juga respon yang saya terima senior-senior seronok dengan pelajar-pelajar mereka. Saya menganggarkan mereka-mereka ini bakal menerima hadiah yang pelbagai daripada pelajar apabila tamatnya praktikum nanti.

 

Lumrah kehidupan, semuanya harus ditangani dan diatasi secara hikmah, iman serta perancangan yang sebaiknya. Jangan lupa, sesungguhnya kita merupakan hamba ALLAH, bukan hamba KERJA. Alangkah ruginya sekiranya segala yang kita lakukan tidak dikira sebagai ibadah sedangkan kematian sering mengintai kita.

 

Suka saya berpesan pada diri, lihatlah sesuatu tugasan dan cabaran dari aspek yang positif. Hakikatnya bukan mudah, namun anda sendiri punya pilihan untuk menukarnya menjadi lebih baik. Manfaatkan masa sebaiknya, berusaha jadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan jadikan hari esok juga lebih baik daripada hari ini.

Advertisements

2 thoughts on “Anda Sibuk?

  1. Assalamualaikum kak Aqilah..

    ana nak ucapkan terima kasih banyk2 diatas kesudian mahasiswa/siswi kerana menghadirkan diri memberi semangat kepada kami sejak jam 8 pagi hingga ke 5 petang tadi..(7 march 09)

    insyaAllah, kami tidak akan sia2kan nasihat ,semangat dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami..
    doakan kami cekal hati dan istiqomah menuntut ilmu beribadat kepada Allah.

    kami juga mendoakan kejayaan kakak2 dan abang2 menjadi guru2 yang cemerlang, mendidik anak bangsa dengan ikhlas.
    mungkin perjuangan itu pahit tetapi, ingatlah bahawa syurga itu manis 😉

    ikhlas dari ana,
    nur ain abdullah
    smk kompleks KLIA
    =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s