Berita daripada Bahagian Akademik (IV)

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Sekian lama juga saya mengambil masa untuk menulis semula dek kerana dihambat tuntutan tugas selaku exco dan juga seorang pelajar sepeneuh masa dalam mendepani isu-isu akademik yang sering kali berlaku perubahan di saat-saat akhir. Namun yang demikian, saya telah berusaha untuk mendapatkan respon daripada pihak-pihak yang punya autoriti bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Semoga paparan berita daripada bahagian akademik mampu menjadi wadah yang baik kepada mahasiswa/i mengetahui isu-isu akademik yang melibatkan kita.

1)  Status ROS

Perubahan yang seterusnya telah diputuskan oleh mesyuarat terakhir bahagian akademik dan TNCA, memutuskan bagi mahasiswa/i yang telah membuat ROS di sekolah rendah, mahasiswa/i perlu membuatnya sekali lagi di sekolah menengah. Ini kerana, melihat kepada keperluan mahasiswa/i yang rata-rata akan dipostingkan di sekolah menengah dan bakal menjalani praktikum juga di sekolah menengah, TNCA merasakan keperluan ROS dijalankan semula biarpun telah menjalani ROS di sekolah rendah pada sebelumnya. Namun yang demikian,perlaksanaan ROS 2 terutamanya melibatkan pelajar semester 5& 6 adalah berbeza mengikut fakulti. Bagi fakulti sains, ROS 2 akan dijalankan semasa semester 8. Justeru itu, mahasiswa/i diminta untuk berhubung terus dengan ketua-ketua jabatan dan pejabat fakulti masing-masing bagi mendapatkan respon mengenai perlaksanaannya.

2)    Latihan Industri

Bagi mahasiswa/i yang akan menjalani latihan industri, bermula pada semester hadapan, latihan industri akan dikira di dalam jam kredit. Ini merupakan hasil makluman dan respon awal yang didapati oleh bahagian peperiksaan UPSI daripada mahasiswa/i yang telah menjalani latihan industri meminta untuk dikira sebagai jam kredit. Perlaksanaannya akan dimaklumkan semula oleh bahagian peperiksaan.

3)  EPLS

Bagi mahasiswa/i yang berada di semester 8 dan belum mencapai tahap band 2 sebagai syarat pengijazahan, kursus EPLS selama 2 minggu akan diadakan semula bagi membantu mahasiswa/i yang memerlukannya. Surat telahpun dihantar oleh bahagaian pengijazahan untuk makluman mahasiswa/i. Diharapkan juga ianya dapat membantu untuk memberi peluang kepada pelajar semester 8 untuk melengkapkan syarat graduasi.

4)   Study week

Maklum balas yang diterima daripada keputusan bahagian akademik dan TNCA, dukacita dimaklumkan permohonan untuk diwujudkan semula minggu ulangkaji ditolak. Namun demikian, perkara ini telah dilanjutkan untuk dibincangkan dan dipertimbangkan semula dalam mesyuarat Senat pada 15/3. Sebagai mekanisme awal kepada mahasiswa/i, biro akademik & kerjaya telah memaklumkan kepada bahagian peperiksaan supaya memberikan ruang kepada mahasiswa/i untuk menjarakkan masa dan kertas peperiksaan nanti. Sehubungan dengan itu, apabila draf peperiksaan telah dikeluarkan, mahasiswa/i diminta untuk menyemak dan melaporkan segera ke bahagian peperiksaan UPSI jika terdapat waktu-waktu yang padat dan perubahan akan dipertimbangkan oleh bahagian peperiksaan.

5)    TNCA

Disebabkan masalah kesihatan dan baru sahaja keluar daripada wad, Profesor Zakaria (TNC Akademik) akan bercuti selama 3 minggu.

Sumber : Bahagian Akademik, ULM, Dekan Fakulti

Diharapkan maklumat yang diperolehi, mampu memberi informasi kepada mahasiswa/i untuk merencanakan jadual perjalanan akademik masing-masing bagi memperoleh keputusan yang cemerlang kelak.

‘TRANSFORM WITH KNOWLEDGE’

Nur Aqilah Hanis Bt Mohd Yusoff

Exco Akademik & Kerjaya

MPP UPSI 08/09

Advertisements

6 thoughts on “Berita daripada Bahagian Akademik (IV)

  1. persoalan..study week tu takde untuk semester ni saje or memang ditiadakan terus untuk semester2 seterusnya?

  2. Menjawab soalan andalusia, study week tu hanya tiada untuk semester ini sahaja, untuk semester depan, mengikut takwim baru insyaALLAH study week telah diadakan semula. Semoga sentiasa siap sedia menghadapi peperiksaan akhir. 🙂

  3. Salam Aqilah.. maknenye kalau pelajar sains kene ROS 2 mase sem 8, praktikum camne?? ROS 2 dulu baru praktikum atau praktikum sekali harung dengan ROS 2?? pelik2 laa dasar UPSI.. jenuh nak kene ngikut.. sekejap jadi, sekejap tak.. pening..

    • W’salam aniem. Mengikut yang diberitahu oleh ULM, kita akan berpraktikal 2 minggu dahulu di sekolah, kemudian menyambung 14 minggu untuk praktikum. Rasionalnya kita akan mula proses adaptasi lebih awal sebelum memulakan praktikum. Dan fakulti syorkan kita boleh tukar sekolah jika rasa tidak sesuai. Apa-apapun sem depan sebelum kita praktikum, fakulti akan adakan taklimat semula mengenainya. InsyaALLAH.

  4. rasanya da ditentukan la xde study week. smlm tgk draf jadual exam…fuh payah..2 hari je 3 subjek berturut…xpala, dugaan…hadapi dengan tenang,pasti mudah…amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s