Relevenkah sekolah satu aliran?

Bismilahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Dunia pendidikan sekali lagi dikejutkan dengan isu sekolah satu aliran. Belum lagi surut dengan rundingan meja bulat mengenai isu pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris, sajak kematian, spm dan stpm, sekarang isu lain pula dikeluarkan. Jujurnya, dunia pendidikan memang tidak pernah surut dengan kontroversinya.

Sempat saya bersembang dengan kakak yang kedua sambil melihat beliau menanda kertas kimia, SPM 08 bagi negeri Johor mengenai sekolah satu aliran. Berada dalam keluarga yang terdiri daripada dua profesion antara 2 doktor dan 2 cikgu, menjadikan keluarga kami meriah. Yang selalunya isu pendidikan menjadi juara. Memandangkan isu perubatan tidak pula terjejas sistemnya seperti pendidikan.

Pendidikan

 Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum mendapat pandangan dari pelbagai pihak.

Jujur saya katakan, isu sekolah satu aliran  bersifat isu partisan.

Memandangkan keadaan politik semasa yang mana akan diadakan pilihanraya kecil, pemilihan jawatan-jawatan penting dalam parti komponen barisan nasional, ketuanan melayu, saya tidak menolak ianya antara faktor tercetusnya idea sekolah satu aliran. Ini merupakan faktor politik semasa.

Setiap kali berubahnya kerajaan, setiap kali juga sistem pendidikan akan berubah. Hakikatnya, guru dan pelajar akan menerima impak yang maksimum.

Saya merasakan kewajaran kerajaan memperkasakan sistem pengajian sekolah kebangsaan yang telah ada di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.Banyak lagi penelitian dan penambahbaikan yang perlu dibuat. Ini bukan masanya untuk menukar sistem. Ini bukan masanya untuk membuat eksperimen.

Sama-sama kita Fikirkan!

Advertisements

2 thoughts on “Relevenkah sekolah satu aliran?

  1. Itu lah org melayu… Sbb tu Tun Dr Mahathir pernah berkata ‘Melayu Mudah Lupa’… Kadang2 kita kena jugak mempertahankan idealogi bangsa kita sendiri… Kalo bukan org melayu sapa lg… Cuba anda lihat etnik2 lain. tmbahan skang mereka nie cepat melatah… pelbagai permintaaan diminta dan sebagai nya… Itu x perlulah saya sebut… Just anda phm2 la sendiri… Bersyukurlah dengan apa yg mereka kecapi di negara tercinta ini… Apa yang sy nmpk etnik lain yg lebih risau ttg perkara ini, tetapi mengapa anda bertindak seakan2 menyokong mereka… X payah la ssh2… Anda pikirkan lah persoalan ini yer…

    1) Adakah mereka kebanyakkannya mempunyai semangat kebangsaan spt org Melayu?

    2) Mereka sendiri pun tidak mahu menguasai bahasa kebangsaan dgn baik walhal negara dah merdeka 50 thun tau?

    Dalam hal nie x der laks org kita nak bising @ melatah…

    Sbb tu deme membangkang dan yg sedih nyer org kita sendiri memprotes @ boikot cdgan bangsa sendiri…

    Berpijaklah Di Bumi Yang Nyata…

  2. Atas alasan dan rasional apa masih mahu meneruskan sekolah aliran Cina dan India. Kalau benar setia dan jujur dengan status rakyat Malaysia. Tak perlu lagi bersikap asing dengan ciri kecinaan dan keindiaan itu lagi, kita dah jadi orang Malaysia. Usah bermimpi lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s