Solat Vs Yoga

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

Apabila majllis fatwa kebangsaan sekali lagi mengeluarkan fatwa mengenai pengharaman yoga ianya telah menarik perhatian orang ramai khususnya umat Islam sendiri. Pengharaman tersebut berkait rapat dengan bacaan mantera dan konsep menyatukan diri dengan tuhan yang terdapat dalam amalan yoga secara sistematik yang boleh menggugat aqidah umat Islam. Amalan yoga yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan dan memberi ketenangan fikiran kepada pengamalnya melalui pergerakan dan kawan pernafasan tersebut.

Agak lambat saya merespon isu ini berikutan sibuk dengan beberapa gerak kerja. Tertarik mengenai isu ini apabila saya terbaca dalam akhbar tempatan mengenainya.

Persoalannya apakah perlu senaman ini dan sejauh mana kebaikannya kepada pengamalnya terutama bagi umat Islam?

Jika dikatakan senaman ini dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan merupakan senaman yang ideal bagi pengamalnya, hakikatnya, umat Islam telahpun dianugerahkan oleh yang Maha Pencipta senaman yang jauh lebih canggih dan ideal iaitu SOLAT.

275016865_a6dd8c1711

Perkara ini yang menarik perhatian saya. Sedikit sebanyak apabila duduk bersembang dengan sahabat-sahabat terdekat, kenapa kita perlu senaman lain lagi?

Kajian Sains telah membuktikan solat boleh bertindak sebagai terapi dan senaman yang berkesan bagi merehatkan tubuh badan, melancarkan pernafasan serta aliran darah dan oksigen ke otak ketika sujud yang tidak terdapat dalam amalan senaman lain. Alangkah bertuahnya kita sebenarnya, senaman tanpa sedar!

Justeru, adalah tidak menjadi keperluan untuk umat Islam yang menjalankan kewajian solat lima kali sehari untuk bersusah payah mencari senaman alternatif lain seperti yoga.

Mencari ketenangan?

511627877_8df512e192

Sekiranya ketenangan fikiran yang dicari, solat dan amalan zikir harian adalah lebih terbukti keberkesanannya berbanding kemungkinan yang boleh diperoleh daripada yoga. Sejarah juga menunjukkan umat Islam ketika zaman Rasullah adalah bebas daripada masala kesihatan. Ketika ditanya apakah rahsia amalan mereka ketika itu, Rasullah menjawab ” Kami umat yang hanya makan apabila terasa lapar dan akan berhenti sebelum kenyang”

Muhasabah diri

Ternyata dengan amalan sedemikian dan ditambah lagi dengan kepatuhan umat Islam menjalankan tanggungjawab dengan mendirikan solat, puasa dan amalan zikir harian, sesungguhnya ia kombinasi terbaik bagi umat Islam untuk meningkatkan tahao kesihatan mereka dan dalam masa yang sama memperoleh ketenangan yang dicari. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, mereka tidak perlu mencari alternatif lain seperti amalan yoga yang belum tentu tahap keberkesanannya dan kemungkinan boleh menggugat aqidah pengamalnya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s