Panggilan peringatan

Bismilahhirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH.

Handset.

Mom calling.

“Kamu sihat ke? Belajar macam mana? Bila nak bertanding?”.  Saya menerima panggilan bonda.

“Dah habis puasa 6?”. Pertanyaan bonda mengingatkan saya.

Hari ini 15 Syawal. Lagi berbaki 15 hari sebelum kita meninggalkan syawal.

Panggilan itu panggilan peringatan menyarankan supaya tidak lupa untuk berpuasa enam.

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.” (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadhaRamadhan.

Terima kasih bonda untuk peringatan!

 

“Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya..” Amin. 

One thought on “Panggilan peringatan

  1. salam..
    tahniah terpilih sebagai calon.bagi memudahkan bakal pengundi melihat profil anada, saya cadangkan agar anda meletakkan gamabr dan profil anda di “side bar” blog anda ini. supaya apabila anda membuat posting ternaru, ia tidak menjejaskan para penjenguk blog anda nanti untuk melihat gambar dan profil anda.jangan memandang perkara ini remeh.sila amik perhatian yek..sia2 jer anda ader blog tp kurang kreatif untuk berkempen gunakan blog.cuba lihat blog DSAI.muka dia sentiasa berada di depan.begitu juga Dato Husam Musa, Zulkifli Noordin dan Khir toyo.Tun dr mahathir pun begitu jugak. Jika saya sebgai pengundi, agak sukar untuk scroll down bagi mencari wajah dan profile anda.
    sekadar renungan. Harap diperbaiki. Insyaallah sy akan mengundi anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s