Bila semua sudah naik..

Bismillahirrahmanirrahim.

Sana sini masyarakat kampus menyatakan isu kenaikan harga tiket. Yang pasti, ianya turut menjejaskan saya selaku pengguna bas. Apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal kunjung tiba.

Saya sudah menulis entry sebelum ini berkaitan dengan kenaikan harga minyak. Untuk membincangkan harga minyak turun Rm0.15 ianya seolah-olah dipandang enteng berikutan harga barang dan keperluan asas yang lain berlumba-lumba untuk naik.

Dan seterusnya yang terbaru 30% harga tiket juga naik. Berikut adalah harga baru tiket yang menjadi tumpuan saya.

Tg malim-kelantan : RM46.50

Tg malim-kl           : RM 7.60

Dahulu

Tg malim-kelantan : RM35.50

Tg malim-kl            :RM5.50

Julat yang amat besar untuk penumpang yang masih lagi belajar seperti saya. Belum lagi pelajar yang menggunakan kenderaan sendiri. Yang terbaru harga kuih 2-RM1.00. Syndrom ini yang melanda di malaysia sekarang. Yang lebih parah, duit gaji, ptptn dan biasiswa masih lagi di takat lama. Tidak pula dinaikkan. 

Biasiswa juga telah diberikan kuota 50% untuk nonbumi dan 50% untuk bumiputera. :). Ketika ini, saya kira bulan ramadhan bulan yang terbaik untuk melakukan turning point ke arah penjimatan. Anda semua bagaimana?

P/S : Masih lagi ramai yang memberi sumbangan ketika bulan ramadhan ini.

Advertisements

2 thoughts on “Bila semua sudah naik..

  1. Bismillah…

    Memberi sumbangan mahu pun tidak, itu bukan perkara pokok. Penekanan di sin, berlakunya penindasan yang ketara. Bila minyak naik, barang semua naik. Bila minyak turun, ada harga barang turun?

    huh… pihak yang berada di sekeliling pelajar mmg cuba menangguk di air keruh. Apakah?

    Bukan pihak persendirian jek malah terdapat jabatan2 kat dalam kawasan UPSI sendiri pon sikit punya gigih nak cari kesalahn pelajar, agar boleh disuruh bayar denda… Apakah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s