Ramadhan Kareem

Bismilahhirahmanirrahim

Suka saya dengan artikel di bawah. Bait-bait yang tersusun dengan baik. Benarlah mata pena itu lebih tajam daripada pedang.

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

 

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan – setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah – Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Andai ini ramadhan yang terakhir untuk kita, maka kita yang perlu manfaatkannya. Ramadhan Kareem untuk para pengunjung!

Advertisements

4 thoughts on “Ramadhan Kareem

  1. Salam,

    “Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka”

    Mungkin ukhti boleh check balik hadis ini….meragukan keshohihannya..(“,)

    Salam Ramdhan Kareem buat semua pengunjung blog ini.

  2. salam, saya ingin menyibuk apabila terbaca komentar MS Rizal di atas. Soalan ingin diajukan: keraguan bagaimana yg dimaksudkan? sekiranya benar hadith tersebut tidak sohih, maka apakah kedudukannya? hasan/marfu’/maudhu’/dho’if?

    jika dilihat dr segi matan – tiada masalah langsung kerana kita merujuk kpd bab fadho’ilul a’mal, maka terdapat keringanan di situ. kita kata, ini adalah suatu targhib agar umat Islam menghargai ketibaan Ramadhan, lantas memperbanyakkan amalan dlm bulan yg mulia ini.
    wAllahu a’lam

  3. Salamun’alaik, sebenarnya saya menulis berdasarkan kebiasaan yang sering digunakan sahabat2. Yang ini, diberikan oleh akh MS Rizal, rujukan al-ahkam.net

    Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ‘ Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

    Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka

    Hadith ini adalah Munkar

    Kata Az-Zahabi : Ibnu ‘Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-‘Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )

    Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn ‘Asakir. Kata
    Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.

    Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu’ (Jld 1) – Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s