Bismillahirrahmanirrahim
ما رايك عن عطلة لهذه المرة
(Apa pandangan nti mengenai cuti kali ini?)
Kalau dahulu sering kali apabila buka cuti sekolah, guru bahasa melayu akan menyuruh menulis pengalaman mengenai cuti sekolah masing-masing.
Saya menyahut seruan sahabat saya untuk cuba menulis dalam bahasa arab. Itu ayat pertama. Biarpun hanya mengambil bahasa arab rendah di peringkat PMR. Ayat yang berkisar mengenai pengisian cuti mid sem. Itu juga yang ditanya oleh sahabat saya.
Saya mengambil masa untuk menulis semula disebabkan laptop yang menuntut untuk diformat dek kerana serangan virus-virus yang tidak diingini.
Cuti mid sem
Sempat saya menziarah masjid al-aqsar, masjidil haram dan banyak lagi masjid dalam masa sehari. Alhamdullilah, ziarah saya di pelbagai pelusuk dunia. Afghanistan, palestin, iraq, china dan 21 lagi negara lain. Penuh manfaat dan informasi. Melihat kepada sejarah disebalik pembinaan masjid menyingkap kembali kegemilangan umat islam khususnya. Apatah lagi sambil menikmati musabaqoh tilawah al-quran peringkat antarabangsa di pulau wan man, terengganu. Sempat saya berjumpa dengan beberapa artis yang turut sama menziarah masjid di taman tamadun islam. Itu ziarah ad hoc hasil perancangan bonda saya. terima kasih bonda dan ayahanda!
Debat Kemerdekaan
Tatkala melalui Universiti Malaysia Terengganu, banner yang mempromosikan debat kemerdekaan yang berlangsung bermula 21-25 Ogos, lantas saya menghantar pesanan ringkas kepada team UPSI untuk membawa balik kejayaan. Sempat juga saya menyaksikan perlawanan debat perpaduan di televisyen.
Kelantan Air Force
Ziarah saya juga ke akademi yang menempatkan bakal-bakal juruterbang. Baru pertama kali menjengah kaki ke sana. Itupun menemani bonda menziarah sepupu saya yang belajar di sana. Mendengar yuran pengajian yang mencecah RM250 000 sudah cukup saya menganggarkan semua yang berada di sana merupakan insan-insan yang bertuah. Dan mereka semuanya di kalangan lelaki. Jumlah yang perlu dikorbankan sebelum bergelar pilot.
Ceramah hari Jumaat
Sekian lama saya tidak berkunjung di dataran mendengar kuliah agama yang disajikan kerajaan negeri. Juga ajakan bonda, adinda dan juga kekanda yang penat oncall sepanjang malam. Perlukan rehat katanya. Dan santapan rohani bisa memberi terapi minda untuk golongan-golongan bekerja. Saranan untuk mereka di luar sana juga!
Tatkala melihat senarai tajuk-tajuk yang diberikan oleh moderator yang mengendalikan ceramah pada hari ini, semuanya berkisar mengenai ramadhan. Hakikatnya ramadhan kian hampir. Persedian kita bagaimana?
Itu serba sedikit mengenai cuti ringkas saya. Saya masih mencari rentak menggunakan laptop yang baru diformat. Agak pelik ikon-ikonnya. Alhamdullilah, semoga ianya menjadi suntikan baru untuk meneruskan perjuangan di bumi kampus kesayangan rakyat. InsyaALLAH