Analisis gerak kerja

Jumaat, 15.08.2008

Bismillahirrahaminirrahim

ALHAMDULLILAH, atas rahmat dan kasih sayangNYA, masih lagi mampu saya meneruskan penulisan dalam kesibukan menyusun rentak dalam politik kampus di universiti kesayangan rakyat.

Ya Rabb, moga kita semua tidak penat dalam mengorak langkah melakukan gerak kerja di jalan ALLAH. Yang pasti suka saya mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa membetulkan niat dan meletakkan kebergantungan penuh kepada ALLAH dalam melaksanakan gerak kerja.

Saya menulis semula tazkirah yang disend oleh seorang sahabat melalui email untuk tatapan bersama. Ini untuk menilai semula sejauh mana penanda aras yang kita letakkan dalam gerak kerja kita. sejauh mana kita manfaatkan usia muda kita?

Versi yang diedit semula oleh saya.

Adakah kita berani mengatakan gerak kerja kita ini semata-mata untuk ALLAH?

Belum seluruh harta kau infakkan seperti Abu Bakar.
Belum seberani Ali bin Abi Tholib,
yang menggantikan jasad Rasulullah saw ketika beliau dikejar-kejar musuh-musuh Allah.
Belum setangkas Khalid bin Walid,
yang senantiasa bergegas menyambut seruan jihad di medan laga.
Adakah kita bazirkan masa kita untuk mencari kesibukan di celah-celah masa yang sedia sempit?
Tentu sekali jawapannya tidak
Ingat,
Sebab kewajiban kita lebih lebih banyak dari waktu yang tersedia.
Sebab panji-panji itu telah terbai’at dari jiwa yang setia.
Sebab engkaulah singa yang siangnya berjihad tak kenal lelah.
Sebab engkaulah rahib yang malamnya padat dengan munajat.
Sebab engkaulah Abu Bakar itu!
Engkaulah Khalid bin Walid!
Engkaulah Shalahudin Al-Ayyubi!
Gerak kerja PMS
Persatuan Mahasiswa Sains akan mengendalikan perasmian ESD yang merupakan program Fakulti Sains & Tenologi . Dengan persediaan yang diberikan agak singkat, selepas ditolak tambah, kami punya masa 4 hari sahaja untuk menyelesaikan jemputan dan benda-benda tektikal yang lain. Yang pasti, team PMS akan berusaha yang terbaik.
Cuti mid sem
Cuti harus dimanfaatkan sepenuhnya. Segala assingment yang diberikan menuntut hak-haknya untuk disiapkan. Peperiksaan mid term yang menuntut untuk ditelaah isi-isi pengajian sebelum dijawab. Itu pasti. Perlu dicover aspek-aspek ini.
Muhasabah diri
Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak didengari. Dan aku berlindung denganMU daripada kefakiran, kekufuran, kefasikan, perpecahan, suka memperdengarkan amalan dan suka berlaku riya’.
Ya Rab, janganlah Engkau menghukumku kerana apa yang mereka katakan. Ampunilah daku di atas apa yang tidak mereka ketahui. Dan jadikanlah daku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.
Semoga diri ini tetap dijalanMU.
P/S :Countdown balik rumah.
Advertisements

3 thoughts on “Analisis gerak kerja

  1. Untuk menjadi seorang muslim yang baik tidak bermakna, kena menjadi seperfect sahabah atau sekurang-kurangnya seteguh ustaz dan ustazah. Setakat mana kita mampu mempraktikkan hal islam dalam situasi harian itulah yang penting.

    Seorang tukang sapu tidak bisa melakukan sedekah beribu-ribu seperti si kaya namun dia dapat menyumbang dengan membuang halangan di jalan-jalan. Natijahnya besar. Kita mungkin picisan, tetapi bukankah api yang marak menjulang bermula dari ranting-ranting kecil dan rapuh?

  2. salam..ingin menjadi pahlwan islam agung perlukan amalan ke arah itu..teori dan praktikal digabungkan insyallah hasilnya lumayan..

    jemputlah dtg n komen lagi..smga ada manfaatnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s