Sheikh Muzaphar di UPSI?

Bismillahirrahmanirrahim

31 Julai 2008

Kerap kali saya terpaksa menangguhkan penulisan di dalam blog, oleh kerana tuntutan-tuntutan lain yang lebih memerlukan untuk saya memenuhi hak-haknya. Maka, alhamdulillah, di kesempatan yang sempit ini saya mengambil peluang untuk menulis serba sedikit berita mengenai kampus UPSI.

Semasa di dalam lab tutorial lagi saya diasak dengan ajakan oleh rakan-rakan untuk melihat angkasawan negara iaitu Sheikh Muzaphar yang dilaporkan ada di dewan auditorium. Oleh kerana tidak kurang dari seminggu, kedatangan angkasawan kedua negara iaitu Dr Faiz ke UPSI, saya menganggap kedatangan Sheikh juga sama seperti kunjungan yang dibuat oleh Dr Faiz. Realitinya, saya bukan peminat Sheikh Muzaphar.

Sheikh Muzaphar dan saya

Hakikatnya, semasa kepimpinan saya dan rakan-rakan JMK 07/08 telah berkira-kira untukmemanggil Sheikh Muzaphar ke kolej kediaman kami bagi memenuhi slot-slot dalam program serta karnival yang dianjurkan oleh kolej. Mungkin pada ketika itu, ‘saham’ Sheikh amat tinggi dan kami sampai ke saat meletakkan jawatan masih gagal untuk memanggil beliau. Itu pengalaman yang lepas. Memiliki perwatakan persis model, kerjaya yang baik, serta pengalaman yang berharga sebagai angkasawan saya menganggapkan itu adalah satu bonus untuk beliau sekaligus menyebabkan beliau dilihat sebagai ikon bagi negara khususnya dan sebagai idola bagi masyarakat kampus (pelajar perempuan) secara amnya.

Hari ini, tatkala saya sibuk meneliti pameran buku yang terletak di bawah perpustakaan, suasana yang tenang bertukar menjadi gamat tatkala ketibaan kunjungan Sheikh di perpustakaan. Tindakan refleks rakan-rakan yang menyentap tangan saya menyebabkan saya berpeluang untuk melihat beliau secara dekat. Rakan-rakan teruja sebenarnya.

Sheikh dan warga UPSI

Saya melihat kerelevenan beliau dipanggil di UPSI. Kalau dahulunya masyarakat Malaysia sibuk memanggil beliau memberikan ceramah dan sebagainya, namun sehingga ke hari ini saya masih belum mendengar mengenai blueprint kajian yang dilakukan di angkasa lepas. Itu yang menjadi titik fokus saya sehingga hari ini. Ini disebabkan saya juga merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang memegang share bagi membiayai perjalanan Sheikh ke angkasa lepas. (duit rakyat juga duit saya)

Saya tidak berhasrat untuk menjadi angkasawan negara. Namun saya mengharapkan kedatangan beliau di UPSI mampu memberi inspirasi kepada masyarakat kampus yang bergelar bakal pendidik untuk membuat anjakan paradigma dalam pemikiran mereka khususnya supaya hasil akhirnya nanti mereka mampu melahirkan anak-anak murid yang bergelar angkasawan. Untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang pada hari tersebut, saya harapkan biarlah salah seorang daripada mereka nanti akan ada yang lahir sebagai angkasawan. Itu doa saya selaku bakal pendidik setelah melihat ramai di antara yang turut mengiringi Sheikh adalah rata-rata pelajar sekolah rendah.

Muhasabah diri

Kunjungan Sheikh yang dibiayai oleh pihak universiti bukan mensasarkan warga UPSI bercerita mengenai ketampanan wajah beliau malah ada di kalangan mereka yang bercerita mengenai ketinggian, warna baju yang dipakai. Andai itu kesannya, maka saya kira pihak penganjur tentu kecewa. Masih banyak yang perlu dilihat pada diri terutamanya budaya pengembangan ilmu dalam masyarakat kampus. Kita mungkin tidak lahir sebagai angkasawan namun angkasawan mungkin lahir dari didikan kita. See ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s