PRK : Demi menjadi calon

Bismillahirrahmanirrahim.

ALHAMDULLILAH, setelah sekian lama tidak membuka IMS UPSI portal, saya terpanggil untuk menjengah sebentar memandangkan ingin melihat isu-isu yang menjadi bahan bualan di kampus kesayangan rakyat. Dan apabila headlines news 23 July 2008, mengeluarkan tajuk syarat-syarat kelayakan sebagai calon pemilihan MPP 08/09 ianya menarik minat saya untuk meng’click’ bagi melihat kandungan di dalamnya.

Berikut adalah syarat-syarat yang telah diletakkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya UPSI yang diketuai ketua SPR ialah ayahanda kesayangan rakyat TNC HEPA Prof Syah. Saya tulis semula untuk sama-sama kita menilai aspek kelayakan yang diinginkan.

1. Sedang mengikuti program Ijazah Pertama (Sarjana Muda) secara sepenuh masa di kampus.

2. Hendaklah mempunyai baki sekurang-kurangnya 2 semester.

3. PNGK tidak kurang dari 3.00.

4. Telah menduduki peperiksaan pertamanya di UPSI bagi kursus pengajian yang diikutinya.

5. Tidak menghadapi prosiding tatatertib terhadapnya yang masih belum selesai.

6. Tidak pernah didapati bersalah dalam apa-apa jua kesalahan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UPSI.

7. Masih memegang jawatan di Kolej Kediaman atau Persatuan dan Kelab sebelum hari penamaan calon.

8. Mendaftar dan mengikuti kesemua 3 siri kursus kepimpinan yang akan dianjurkan pihak JHEPA sebelum hari penamaan calon.

Respon?

Kali ini pihak universiti hanya meletakkan lapan syarat untuk menjadi YB kampus. Hipotesis awal saya mengikut matapelajaran TSP 2023 yang menjadi fouvarite saya, “semakin sedikit syarat yang diletakkan, semakin banyak rintangan yang terpaksa dihadapi calon”.

It’s only a hypothesis. It is not been tested yet. So, let us see if the hypothesis can be accepted or not in this PRK experiment.

See ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s