Wacana Ilmu PMSFST UKM & PMS UPSI

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH, dengan hidayah dan kekuatan yang diberikan ALLAH kepada saya dan rakan-rakan, Persatuan Mahasiswa Sains UPSI telah mengadakan lawatan ilmiah ke UKM bagi melawat Persatuan Mahasiswa Sains di sana. Delegasi UPSI seramai 40 orang telah memulakan perjalanan seawal jam 8.30 pagi. Secara peribadi, saya telah lama tidak berkunjung ke UKM setelah 2 orang daripada kakak saya menamatkan pengajian di sana apatah lagi pertandingan DEBAT jarang untuk UKM menjadi tuan rumah. Jelasnya, peluang pada kali ini saya menanamkan azam untuk mendapatkan sedikit sebanyak manfaat di samping melihat pemikiran mahasiswa-mahasiswi Persatuan Mahasiswa Sains UKM.

Teringat kata-kata ustaz Anhar dalam ceramahnya “jika kita menggengam erat tangan kita menandakan keazaman yang tinggi, maka kita harus pastikan genggaman itu erat jua biarpun tamat pengajian kita”. Maka dengan sedikit inspirasi dan niat ingin menambahkan pengetahuan maka saya gagahkan diri untuk turut serta dalam delegasi PMS UPSI kali ini walaupun pada awalnya kesihatan agak kurang mengizinkan. ALHAMDULLILAH ya RABB, dengan iziNYA masih lagi diberi kekuatan.

Saya dan Persatuan Mahasiswa Sains

Kepimpinan saya dalam PMS UPSI adalah masih terlalu awal disebabkan proses peralihan kuasa bermula agak lambat iaitu pada bulan 2. PMS UPSI pada kepimpinan kali ini ingin menyuntik nafas baru kepada persatuan yang sudah lama lesu. Kalau dahulunya iainya dibiarkan sepi tanpa sebarang program dan gerak kerja, maka saya dan sahabat-sahabat berusaha seadanya untuk membaiki kelompangan-kelompangan yang telah ditinggalkan oleh kepimpinan lepas.(kadangkala tidak mampu lagi untuk ditampung). Berbeda dengan PMS UKM yang telah lama bertapak dan mempunyai kuasa besar dalam Fakulti Sains & Teknologi UKM yang mewakili 22 program (PMS UPSI hanya 3 program iaitu biologi, fizik dan kimia). Oleh kerana rekod cemerlang dalam PMS di UKM, maka dengan rasa ingin tahu inilah yang mendorong saya untuk ke sana.

Pengisian pada program tersebut yang melibatkan sesi dialog antara UKM dan UPSI memberi peluang sekali lagi kepada saya melihat kematangan dan kebijaksanaan mereka dalam mengendalikan program-program. Dan saya sendiri berpeluang mengajukan beberapa soalan yang sebenarnya saya memerlukan jawapan yang jelas kerana dengan jawapan yang diberikan besarlah harapan untuk diimplementasikan di peringkat UPSI.

Berikut soalan-soalan yang saya sempat bertanya.

1) PMS UKM memang gah dengan program-program yang dijalankan di peringkat fakulti mahupun universiti. Namun, adakah program yang berbentuk kemasyarakatan yang mana mahasiswa menyumbang kepada masyarakat luar?

2) Berhubung dengan hubungan baik yang telah dibina dengan pihak fakulti, saya ingin bertanya apakah langkah-langkah yang berkesan bagi mengurangkan karenah birokrasi yang berlaku dalam mendapat kelulusan sesuatu program?

3) Untuk exco kerohanian, adakah bentuk-bentuk program yang dijalankan bertumpu kepada pelajar muslim sahaja khususnya? dan mengabaikan kepelbagaian agama di fakulti?

4) Untuk exco kebajikan, dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terbela, apakah langkah-langkah yang diambil oleh exco apabila berdepan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak dan harga barang yang mana hasil akhirnya mahasiswa kita turut terjejas?

Dan antara jawapan-jawapan menarik yang saya boleh dikongsi bersama :

1) Untuk mengurangkan karenah birokrasi perlu hubungan baik dengan pihak pentadbiran. Sebagai contoh, PMS UKM mengadakan minum petang bersama pihak pentadbiran dan perlawanan boling bersama-sama dengan pengurusan. Saya melihat ianya suatu yang rasional namun demikian perlu difikirkan dari aspek bajet yang amat sukar diperolehi di UPSI ini.

2) Ini pula saya terima dari exco kerohanian, mereka menekankan daripada pengedaran risalah yang menyentuh semua aspek contohnya Valentine dan sebagainya. Kuiz-kuiz keagaaman juga dibuka kepada non muslim.Pandangan saya apabila menyebut sahaja kerohanian tentulah prioritynya kepada umat Islam. Dan saya kira tidak harus lagi disangkal memandangkan agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Namun dari segi program, harus difikirkan lagi corak-corak yang berbentuk kreatif.

3) Seterusnya jawapan daripada exco kebajikan, mereka lebih menfokuskan kepada isu masyrakat kampus sepeti kenaikan harga cafe yang disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini. Sifir mudah, mahasiswa akan sedar apabila terkena pada batang hidung sendiri baru mereka rasakan kebajikan mereka perlu dijaga.
Begitu juga situasinya di kampus kesayangan saya.

Kepimpinan

Apabila melihat kepada portfolio-portfolio yang terdapat dalam kabinet PMS UKM jelas sekali mereka mengutamakan kepada keperluan semasa. Saya kagum bila melihat tidak ada biro kesenian dan kebudayaan yang mana jika dibandingkan di UPSI ianya portfolio yang boleh dikategorikan sebagai favourite. Tambah lagi mereka mempunya biro SHES yang bertindak sebagai hal ehwal siswi (ini yang sepatutnya harus ada di UPSI) memandangkan komposisi pelajar wanita 1:7. Jadi sememangnya ianya menjadi keperluan. Pucuk kepimpinan yang diterajui oleh pimpinan-pimpinan yang cukup matang dan berani kedepan. Mereka sebenarnya matang daripada usia mereka. Sempat salah seorang daripada mereka berpesan kepada saya, untuk mencipta kejayaan jangan sesekali takut melakukan perubahan. Mentaliti beginilah sebenarnya harus ada dalam jiwa pendidik apatah lagi mahasiswa-mahasiswi yang berada dalam bidang sains.

ALHAMDULLILAH. semoga kunjungan kali ini mampu memberi sedikit pengalaman dan input yang berguna kepada warga PMS UPSI sekaligus sedikit sebanyak lawatan ke UKM menjadi turning point kepada warga PMS untuk terus mengorak langkah maju ke depan. Wahu’allam

p/s : Lagi beberapa ketika saya akan meletakkan jawatan dalam PMS. Berusaha yang terbaik!

Advertisements

One thought on “Wacana Ilmu PMSFST UKM & PMS UPSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s