Catatan Medan : Mahasiswa Vokal

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, sesi kuliah pada semester ini berjalan seperti kebiasaan rutin pelajar di bumi kampus kesayangan kita. Walaupun saya telah dikenakan denda oleh Fakulti oleh kerana lambat mengambil slip peperiksaan(tiada kompromi) RM15 (Jumlah makan beberapa hari).

Saya mengambilnya dari sudut mencipta sejarah dalam diri sendiri. Biarpun beratur panjang hampir sejam di kaunter pembayaran, dengan sistem ‘breakdown’ mengundang satu RASA yang DIA sahaja yang tahu. Ketika di kaunter, pada tiba giliran saya, komputer yang mengeluarkan resit pembayaran ‘hanging’. Pegawai-pegawai disitu hanya mampu duduk diam tanpa memikirkan alternatif yang diambil dengan beranggapan komputer akan pulih seperti biasa. Setengah jam berlalu, pelajar-pelajar mulai ‘tunjuk rasa’.

Ada di antara mereka yang telah meninggalkan kelas selama 2 jam kerana menunggu giliran. ALHAMDULLILAH, selepas berlaku rundingan dan cadangan daripada saya dan beberapa pelajar lain, akhirnya mereka bersetuju untuk membuat pembayaran secara manual. Selesai masalah. Hari-hari yang berlalu biarlah meninggalkan sejarah pada diri kita. Sisa-sisa waktu di bumi kampus harus dimanfaatkan. Sejarah saya sendiri telah 2 kali didenda kerana kelewatan mengambil slip. 🙂

Itu kampus UPSI.

Menyelusuri lawatan singkat saya dan rakan-rakan mantan JMK ke Universitas Medan (melahirkan bakal guru sahaja), memberi sedikit pengajaran kepada saya untuk dikongsi bersama. Ketika di UNIMED, sesi dua hala telah dijalankan, dan saya rumuskan meraka mahasiswa (muslim dan non muslim) yang VOKAL! Vokal disini yang saya maksudkan dari segi mengutarakan pendapat dan membela nasib mahasiswa-mahasiswi mereka. Apabila menyebut pelajar indonesia tidak dapat tidak mereka akan dikaitkan dengan demonstrasi. Itulah cara mereka. Saya sempat bertanya kepada mahasiswa di sana, apakah hanya demonstrasi sahaja yang bisa menyelesaikan masalah. Nah, mereka menyenaraikan tiga kepada saya :

Bila wujud isu yang perlu diketengahkan.

Stage 1 : Adminstrasi (laporan kepada pentadbiran)

Jika tiada berjaya

Stage 2 : Delegasi (Berjumpa dengan pihak pentadbiran)

Jika masih gagal

Stage 3 : Demonstrasi (Ini merupakan langkah terakhir)

Mereka melontarkan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka dengan cukup baik, biarpun di depan dekan mereka sendiri apatah lagi di depan Rektor (Cancelor jika tidak silap saya). Ini cara mereka. Keadaan hidup yang mendesak memaksa mereka bertindak lebih jauh. Mereka mampu mengubah sistem dengan kadar yang cepat. Mereka membawa suara mahasiswa daripada bawah ke atas dan bukannya dari pihak pentadbiran untuk dijalankan kepada mahasiswa. Masing-masing juga mempunyai sejarah masuk ke dalam tahanan polis. Situasi yang BERBEDA di tempat kita.

Saya tertarik kepada jawapan yang diberikan oleh mahasiswa di sana, apabila saya cuba memberi provokasi kepada mereka, adakah dengan mengadakan demonstrasi bisa menyelesaikan masalah tanpa menyediakan resolusi. Jawapan saya terima. Mereka menjelaskan, bahawasanya Bapak-bapak(Wakil-wakil rakyat) disana telah dibayar gaji yang cukup lumayan. Jadi tugas mereka yang harus memikirkan dan mencari resolusi setiap masalah yang diutarakan lebih-lebih lagi melibatkan demonstrasi. Mereka sememangnya VOKAL. Itu penilaian saya.

Muhasabah diri

Just wanna share this little bit experience. See how the non-muslims and muslim are ready and willing to protect our right although they know nothing what Islam is all about( if they know about Islam then then will turn to be a good muslim!)

A good reflection for us! They struggle to protect their muslim friends but have we did the same thing to protect our own brothers and sisters in Islam?? Better watch out!

“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka” (Hadis)”

Sememangnya selaku muslim dan mahasiswa, implimentasi VOKAL adalah amat signifikan sesuai dengan keadaan, masa dan tempatnya. Andai kita tidak mampu mengubah semua, mungkin usaha yang kita lakukan ke arah itu, menjadi nilaian olehNYA. InsyaALLAH. Andai kita tahu tiada esok bagi kita. Wahu’alam.

See ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s