Akademi Nasyid vs Akademi Fantasia

Bismillahirrahmanirrahim

 

5hb Julai 2008. Saya berpeluang menonton akademi nasyid yang pertama kalinya selepas 2 konsert berlalu. Kali ini saya sempat menjadi juri profesional di rumah memberi penilaian kepada akademi nasyid dan pelaksanaannya. Jika dilihat, rancangan akademi nasyid merupakan satu turning point yang cukup baik dalam menyediakan platform kepada generasi muda mengasah bakat nyanyian mereka dalam versi nasihat iaitu nasyid. Adaptasi daripada rancangan akademi fantasia dan juga gengstar (ada diantaranya berkumpulan), membuatkan saya mengingati rancangan akademi fantasia ke-6 yang baru sahaja tamat.

Perjalanan konsert malam tadi, walaupun ada kekurangan disudut audio sikit tetapi tidak mencacatkan perjalanan konsert secara total. Konsert berjalan dengan lancar sekali. Stage yang digunakan oleh pelajar-pelajar tidaklah sebesar akademi fantasia, namun beberapa cubaan oleh pelajar akademi nasyid yang membuat gimik sebelum persembahan dilihat mampu memberi penonton satu kelainan. Ada yang berlakon, ada yang membawa teddy bear. 🙂

Berikut beberapa pelajar yang mengambil bahagian.

1) Ana (Pulau Pinang)
2) Eda Fadilah (Ipoh)
3) In Heart (Kuala Lumpur)
4) Muslim Voice
5) Voice of Men
6) D Vision
7) Cicik
8) Aiman
9) Syah
10) Farhan
11) Azhan

tenaga pengajar:

1) Ustaz Asri Rabbani (Penasihat)
2) Yasin Sulaiman (Pengarah Muzik)

 

 
Hafiz Hamidon sebagai pengacara

Hafiz Hamidon sebagai pengacara

Akademi nasyid menyumbangkan markah 50% daripada juri dan 50% daripada undian sms penonton. Dan, melihat kepada komen juri pada malam itu, bukan sahaja menyentuh aspek nyanyian sahaja daripada segi pitching, note dan saya sendiri kurang arif untuk menilainya, namun aspek penghayatan juga amat ditekankan.

Juri Profesional Farahin, (dahulunya membawa kepada asas kumpulan Raihan) telah memberi tips yang berguna kepada pelajar. Untuk mendapat penghayatan dalam nyanyian yang berunsur ketuhanan perlu dilakukan sedikit homework. Ini yang menarik perhatian saya. Antara tips yang diberikan kepada pelajar akdemi untuk menambah penghayatan dalam lagu ialah :

1) Mengamalkan zikrullah

2) Membaca sirah perjuangan para nabi dan sahabat

Satu kelainan yang tidak ada dalam akademi fantasia. Bukan sahaja bermakna kepada pelajar akademi malah kepada kita juga selaku penonton.

Saya kurang bersetuju dengan pakaian yang ditaja kepada pelajar akademi perempuan, yang dilihat menampakkan susuh tubuh. Aurat bukan hanya menutup rambut sahaja. Ini salah konsep. Penyampaian lagu-lagu dakwah akan lebih berkesan kepada penonton andainya penampilan penyanyi lebih sopan dan menutup aurat. Jadi, seharusnya pemilihan pakaian oleh pelajar haruslah bijak kerana mereka juga akan dilihat sebagai role model kepada penonton.

Keseluruhannya, akademi nasyid memberikan salah satu lagi pilihan kepada kita untuk memilih hiburan yang mendidik jiwa. Berhibur tiada salahnya, kerna hiburan itu indah. Namun kita yang harus bijak memilihnya. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s