PRK :Suntikan Hammons si politikus muda

Dalam menelusuri dunia politik kampus kesayangan yang kian suram, saya mencari wadah yang sesuai memberi sedikit suntikan mengenai realiti politik dunia yang sememangnya dianggap enteng oleh mahasiswa-mahasiswi ibu kandung suluh budiman. Mahasiswa perlu belajar dari Hammos. siapa dia?

Assalamualaikum wbt.

“it is true of the nation, as of the individual, that the greatest doer must also be a great dreamer”, President Theodore Roosevelt

Saya mendapat sedikit bahan untuk menulis mengenai tokoh muda dalam dunia politik masa kini. Sesuai dikaitkan dengan bahang Pilihanraya Kampus yang bakal kunjung tiba, saya bawakan entry hasil pembacaan dan kajian mengenai ahli John Tyler Hammons.

Saya tinggalkan report Ros sebentar untuk menulis entry tokoh kali ini.

{Terima kasih along atas kemudahan broadband, it’s really works}

Capaian segera sumber rujukan kegemaran saya :
From Wikipedia, the free encyclopedia

John Tyler Hammons

Mayor John Tyler Hammons
41st Mayor of Muskogee, Oklahoma
Incumbent
Assumed office
May 19, 2008
Preceded by Wren Stratton
Born 4 September 1988 (1988-09-04) (age 19) ( Muda setahun dari saya)
Muskogee, Oklahoma, USA
Nationality American
Political party Republican
Occupation Politician, Student
Website Hammons for Mayor.com
Office of Mayor Hammons

John Tyler Hammons (born September 4, 1988) is the mayor of Muskogee, a city of about 40,000 people in the U.S. state of Oklahoma. He was elected on May 13, 2008, as a 19-year old freshman at the University of Oklahoma [1] and was sworn in on May 19, 2008. Hammons was elected after winning 70% of the vote in a runoff election against 70-year-old, three-time former Muskogee mayor Hershel McBride. Hammons replaced outgoing mayor Wren Stratton, who decided to not seek re-election after one term.

John Tyler Hammons, seorang mahasiswa berusia 20 tahun, telah memenangi kerusi Datuk Bandar Muskogee di Oklahama dalam satu pilihanraya yang diadakan pada 1 April 2008 baru-baru ini di salah sebuah negeri di Amerika Syarikat. Muskogee merupakan sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38 000 orang, (UPSI hanya 14 000 mahasiswa), hampir menyamai jumlah pengundi di kebanyakan kawasan Dewan Undangan negeri di Malaysia.

John Tyler Hammons yang juga bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muskogee High School telah menerima 70% undi di pusingan akhir menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray Mcbride yang berumur 70 tahun yang telah menjadi YB di kwasan itu sebanyak tiga kali. Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran ‘senior’ yang lain berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.

A big impress bukan? seorang mahasiswa mampu untuk menjadi datuk bandar dalam usia seawal 20 tahun. Kita dengan dunia politik kampus bagaimana?

Saya petik kata-kata penganalisis politik terhadap kemenangan Hammons sehingga ia hampir menenggelamkan kempen Hillary Clinton. “That’s what politic needs. A fresh face who isn’t already caught up in all the politics”

Apa yang menarik bagi mahasiswa ini, tidak ada istilah pemisahan antara dunia akademik dan dunia politik kemahasiswaan, kedua-duanya adalah suatu keseimbangan dan kemestian. (Ibarat Ying dan Yang). Pesan pada diri, nilai balance ini yang seharusnya berada dalam jiwa jundu-jundu islam masa kini.

Tidak terfikir oleh mahasiswa tahun pertama jurusan Sains Politik dan Pentadbiran Awam di Universiti Oklahama ini untuk menjadi ‘ulat buku’ semata-mata tanpa mempedulikan apa yang berlaku dalam masyarakat luar kampusnya. Nah, saranan yang baik untuk saya sentiasa cakna dengan isu semasa.

Ini pandangan beliau ” Being elected does not change my desire to continue education. We will schedule our time in an appropriate fashion so that I can be mayor and stay in school”.

Itulah idealisme dan aktivisme seorang mahasiswa di Amerika Syarikat. Lihat kematangan beliau!

Muhasabah diri.

John Tyler Hammons bukanlah seorang anak muda yang beriman wujudnya Tuhan yang Satu seperti keimanan kita, beliau tidaklah memiliki fikrah islam yang syumul seperti kita imani, tetapi kenapa beliau lebih tampak lebih tertonjol elemen keberanian, kepemudaan dan semangat darah muda lebih daripada kita mahasiswa Malaysia?

Entah bila sistem tarbiyah di kampus pada hari ini boleh melahirkan individu-indivudu seperti beliau, punyai minda negarawan dan tidak retorik dengan slogan mahasiswa jurubicara ummah.

Ingatlah wahai diri, mahasiswa dan orang muda adalah perintis perubahan zaman dan peradaban. Perhatikan di semua gerakan sosial yang mengubah sejarah. Kita pasti akan bertemu dengan anak muda.

Soal pada diri, adakah kita bersedia untuk bertempur di medan politik kampus apatah lagi politik luar?

Wahu’allam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s