New Semester! Sem 5

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Rabb, hambaMU ini masih mampu untuk meneruskan perjuangan seterusnya. Betapa Engkau masih mengurniakan waktu untuk hambaMU yang dhaif ini.

Saya merasakan bagaikan semalam baru menjejakkan kaki ke bumi kampus sebagai pelajar semester 1 dan hari ini saya sudah berada di tahun 3 dalam semester 5. Lagi 3 semester berbaki sebelum bergelar pendidik.

Pemergian kedua ayahanda dan bonda pada hari ini ke bumi Bandung meninggalkan pesanan kepada saya untuk meneruskan sesi pembelajaran baru dengan penuh keazaman. InsyaALLAH, doa mereka sentiasa bersama saya.

ALHAMDULLILAH, baru semalam saya menghantar seorang lagi mujahidah doktor yang lahir dalam keluarga saya untuk meneruskan HO di HUSM. Sekarang, hanya tinggal berbaki saya dan adinda yang masih di tingkatan 1 yang bakal meneruskan perjuangan dalam medan ilmu. Oh ya, hampir lupa kepada Along, teruskan perjuangan bergelar specialist dalam program Master dalam bidang perubatan. Saya akui bukan mudah untuk seorang ibu dalam masa yang sama belajar bagi memenuhi tuntutan dunia perubatan islam yang masih kekurangan pakar. Untuk Angah, insyaALLAH, surat tawaran master juga bakal menyusul nanti. Pasti sudah perlu bersedia menjadi seorang ibu apatah lagi mempunyai anak yang senakal adam sidqi. I’m proud of u sis!

Untuk semester ini saya bakal memenuhi 18 jam kredit lagi untuk memenuhi tuntutan bergelar seorang guru.

KPN2043 – PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN PENDIDIKAN

KPT2063 – REKABENTUK INSTRUKSIONAL DAN TEKNOLOGI

TFA1013 – PENGENALAN FIZIK I (sejak spm lagi sudah ditinggalkan)

TKO2013 – KIMIA ORGANIK

TKU2023 – KIMIA POLIMER

TSP2023 – STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SAINS

Tuntutan perlu dipenuhi. Tanggungjawab sebagai bakal guru masa hadapan memerlukan saya menguasai ilmu-ilmu ini. Umat Islam Harus Cemerlang!

Advertisements

One thought on “New Semester! Sem 5

  1. Assalamualaikum..
    ya ashabi, ma’ a taufiq wa najah fi haza sanah..smoga kita sama2 dapat menempuhi hari- hari yang mendatang dengan penuh ketenangan dan sentiasa mendapat lindungan daripadanya..mmg betul kata qilah, ms yg brlalu sungguh pantas..sekejap sahaja ms berlalu,tup- tup da sem 5.Da jadi senior besar da..Qilah, sahabatku.. masa yg akan tiba, kita tidak tahu apa yang akan berlaku, namun ku tahu..kau sahabatku, seorang yang tabah n brjiwa kental, maka pimpinlah sahabatmu ini supaya terus istiqamah dlm medan jihad dgn penuh istiqamah n ketaatan kpdnya..
    Syukran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s