Minyak oh minyak

Assalamualaikum..
Saya kira untuk membincangkan isu minyak boleh menyebabkan orang naik minyak. Statement yang cocok saya kira apabila semalam kerajaan kesayangan rakyat mengumumkan untuk memotong cukai pendapatan. Percaturan mudah, cukai pendapatan untuk golongan yang bekerja dan makan gaji sahaja, bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sebagai nelayan, peniaga sendiri dan petani? Maknanya langkah kerajaan hanya menyenangkan sesetengah pihak sahaja sedangkan pengguna minyak majoritinya juga di kalangan kelas bawahan.

Saya terjumpa beberapa fakta menarik mengenai harga minyak dunia untuk dikongsi bersama

Bagaimana pandangan anda?

Advertisements

8 thoughts on “Minyak oh minyak

  1. reserve minyak kita dijangka bertahan selama 30 tahun….sedangkan negara2 yg anda nyatakan di atas melebihi 70 tahun…..mana lagi nak cari minyak kalau simpanan kita sendiri dah kurang, kilang penapisan yg d melaka misalnya bukan memproses minyak sendiri, kita beli dari negara asing. minayak kita pula dari jenis yang mahal lalu kita jual ke luar negara kerana kita maukan pulangan untuk majukan negara kita……………begitu juga dgn gas, kita jual gas LNG ke luar negara atas sbb ingin pulangan utk ekonomi kita………….kita bukan berseorangan di dalam hal ini, negara lain lebih mengalami impak nya…thailand, vietnam misalnya…yg pelu kita lanksana kan adalah lakukan apa yang bernas dikepala otak kita sebagai mukmin

  2. Maybe somebody boleh try untuk explain kenapa Malaysia sebagai negara pengeluar tak boleh menikmati harga seperti negara – negara di atas ? Sebab saya agak musykil tentang situasi tersebut.

  3. jadi anak kita tahu meminta, tetapi tidak akan tahu perit jerih sebagai bapa kecuali…………..

  4. salam..
    1) petronas tak pernah di auditkan sejak penubuhannya..(menteri***,hujah tv9)
    2)Hasil petronas menyebabkan negara kita tidak kena kesan kenaikan harga minyak didunia..malah pendapatan malaysia berlipat kaliganda..(zeti aziz)
    3)hasil petronas tak pernah di warwarkan pada rakyat..
    4)gaji pemain muzik di klcc RM3.5 juta sebuan (hujah tv 9)
    5)di kelantan ad byk kawasn yg mempunayi minyak

  5. Berikut adalah perbandingan gaji menteri yang saya ambil dari harakahdaily.net dengan persoalan ‘ubah gaya hidup’ yang disarankan kepada rakyat::-
    Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

    Gaji Pokok RM18,000
    Elaun Keraian RM10,500.00
    Elaun Perumahan RM10,800.00
    Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
    Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-
    Lain-lain kemudahan
    1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
    2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
    3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
    4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
    5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dan lain-lain boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
    6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dengan telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
    7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
    8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
    9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
    Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

    Gaji Pokok RM15,000
    Elaun Keraian RM9,500.00
    Elaun Perumahan RM9,800.00
    Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
    Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.
    Dan Menteri:-

    Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
    Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
    Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain
    Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
    Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
    Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
    Lain-lain sumber

  6. kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
    Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
    Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam ; petikan dari http://www.drmaza.com).

    Wahai pemimpin negara, ingat lah Allah sentiasa memerhati anda..dan di akhirat kelak Allah akan mempersoalkan tanggungjawab dan amanah yang di berikan kepada kamu..Ingatlah azab Allah amat pedih pada mereka yang menghianati amanah yang diberikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s