Saya dan isu semasa

Bismillahirrahmanirrahim

Baru-baru ini saya telah menghadiri konvensyen yang diadakan bagi membentuk minda mahasiswa ke arah pemikiran yang lebih kritikal dan kritis. Saya akui, diri ini masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang jahil tentang politik dunia dan keadaan semasa. Saya terpukul sebenarnya dengan pengisian program tersebut! Pihak penganjur berjaya mencipta provokasi yang cukup baik dengan mengatakan mahasiswa tidak matang dalam membincangkan isu-isu dalam negara apatah lagi dengan isu antarabangsa. Nah, apatah lagi kita sebagai pemimpin. Sejauh mana kita mencerap serta peka dengan keadaan serta iklim yang sentiasa berubah di sekeliling kita.

Saya mula rindu saat-saat itu. Tatkala sebelum pertandingan DEBAT universiti, para peserta terpaksa bekerja keras menghadam isu-isu global. OIC, PBB, DARFUR, PALESTIN, POLITIK dan lain-lain. Mana mungkin selaku pendebat saya akan menyampaikan hujah-hujah kosong tanpa mengetahui key point dalam setiap usul. Ya, itu saya dahulu… Cukup rajin membuat pembacaan bagi memastikan saya tidak ketinggalan dan sentiasa peka. Terima kasih debat. Dan kini, setelah saya tinggalkan, kian banyak rasanya saya jauh ketinggalan. Lebih-lebih lagi untuk cakna dengan isu semasa.

Wahai diri, betapa kamu perlu bangkit daripada terus beku.

Untuk menjadi seorang mahasiswa yang kompeten dan proaktif, sedar atau tidak, saya perlukan minda debat iaitu minda yang sentiasa kritikal dan bersedia dengan isu-isu semasa. Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin dan guru. Saya bakal dinilai samaada saya seorang yang cetek ilmu ataupun penuh dengan pengetahuan dan sentiasa ‘up to date’.

Saya bersetuju dengan pengisian konvensyen, untuk menjadi lebih kritikal kita juga hendaklah sentiasa membaca dan menulis. Itulah rahsianya. Nampak susah, namun saya yakin andai ada usaha kita tidak akan ketinggalan lagi ke belakang. Selepas ini saya akan berusaha untuk menulis mengenai isu-isu semasa dengan lebih banyak lagi. Doakan saya semoga berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s