Minyak dalam kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia sekali lagi dihebohkan dengan isu kenaikan minyak secara mendadak iaitu sebanyak 41%. Malaysia dilanda tsunami harga naik! Itulah fenomenanya. Saya tertarik untuk membincangkan isu ini apabila diasak dengan pelbagai pendapat serta kenyataan ingin selamat yang dikeluarkan oleh media massa. Untuk membincangkan isu ini, kita harus menolak untuk bersifat kepuakan mengikut kefahaman parti politik. Agenda rakyat harus diutamakan.

Rata-rata hasil pembacaan saya memerhatikan bahawasanya kenaikan harga minyak menambahkan luka dalam kehidupan rakyat. Kehidupan dirasakan kian mencengkam. Satu mekanisme yang jelas serta blue print tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai isu kenaikan harga minyak ini. Hal ini ditambah lagi dengan kenyataan beberapa menteri yang menyatakan kita perlu menaikkan harga minyak kerana harga minyak dunia turut meningkat. Kenapa kita tidak melihat di negara-negara timur tengah malah bagi negara Arab Saudi sendiri harga minyak yang ditawarkan kepada rakyat serendah RM0.41 sen seliter. Julat yang cukup besar jika dibandingkan dengan harga minyak Malaysia.

Kerajaan ingin mengurangkan subsidi minyak kepada rakyat bagi menampung perbelanjaan-perbelanjaan lain. Untuk melihat masalah ini dengan jelas, kerajaan seharusnya mengeluarkan jumlah keuntungan sebenar yang dicapai oleh Petronas selaku pembekal minyak terbaik dunia. Rakyat dahulu bukan seperti rakyat sekarang. Rakyat kian bijak menilai dan mempersoalkan.

Hari ini PM keluarkan lagi kenyataan dan berjanji harga diesel tidak akan dinaikkan lagi bagi memberi masa kepada rakyat untuk menerima situasi harga minyak yang baru sahaja meningkat. Andai masa diberi berpuluh tahun sekalipun, rakyat tetap menanggung beban. Tambahan lagi, dalam berita harian 12.6.08 bagi membentuk pengurusan perberlanjaan yang baik, kerajaan akan membayar gaji sebanyak 2 kali bermula Ogos. Ini bukan kes menaikkan gaji tapi ini kes tangguh bayar gaji. Saya melihat langkah-langkah yang difikirkan selamat oleh kerajaan dalam masa terdekat merupakan langkah-langkah yang picisan malah mampu difikirkan oleh sesiapa sahaja walaupun tidak memegang sebagai portfolio menteri.

Hari ini juga, para nelayan Kuala Muda terpaksa membatalkan hasrat untuk turun ke laut berikutan dengan masalah pemberian minyak petrol oleh kerajaan ditarik balik dengan pengurusan yang mencurigakan. Dahulunya mereka dibekalkan dengan 15 tong minyak seorang sekarang hanya tinggal 7 tong minyak. Cuba kita fikirkan, wajarkah pemotongan pemberian minyak subsidi ini dilakukan kepada nelayan-nelayan yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ini merupakan syndrom yang luar biasa. Jarak laut bukan semakin dekat, enjin bot bukan menggunakan NGV, musim hujan bukannya boleh dirancang.

Inilah realiti yang berlaku. Mereka yang berada di atas terus akan duduk senang, malah yang merasakan peritnya akan terus terbiar menelan perit. Andai syndrom harga minyak ini tidak diubati, harga-harga lain juga akan turut meningkat.

Minyak naik, tanggungjawab siapa?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s