Kursus pra-praktikum 2008 (FST)

Assalamualaikum wbt

 

Alhamdullilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran di panjatkan kepada tuhan segala pencipta ALLAH swt. 9.5.2008, tepat jam 10.15 pg usai sudah ke lapan-lapan bilangan kertas yang diambil sepanjang semester empat. Biarpun hasil akhirnya agak sukar untuk digambarkan, moga diberi kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan perjuangan dalam menyelusuri liku-liku sebelum bergelar bakal pendidik.

 

Dan sejerus selepas menghantar kertas bahasa arab komunikasi 111 yakni kertas terakhir bahasa moden saya, saya dan beberapa sahabiah menghadiri mesyuarat bersama dengan pensyarah mengenai kursus pra praktikum. Saya ceritakan sedikit sebanyak mengenai kursus ini dek kerana pengunjung blog ini tidak semestinya terhad kepada guru. Demi kecintaan kepada pengembangan ilmu, maka kami sepakat untuk turut serta dalam menjayakan kursus pra praktikum ini walaupun kebanyakannya masih terlalu awal untuk mengikuti kursus ini memandangkan ianya untuk semester tujuh. Tugas kami kali ini adalah sebagai pembantu bagi tutor-tutor dalam memastikan perjalanan majlis teratur, memandangkan ianya melibatkan fakulti sains dan teknologi maka seharusnya menjadi tugas kami selaku exco dan rexco menolong fakulti. Alhamdullilah, mesyuarat berjalan dengan lancar.

 

Maka hari ini, bermula tugas kami,  saya rasakan cukup menarik tajuk-tajuk yang dikupas bagi menyediakan senior-senior kami untuk menjalani praktikum. Ilmu-ilmu yang dikongsi bersama dengan pensyarah daripada fakulti sains sedikit sebanyak mencetus semangat kami untuk menjadi guru yang cemerlang kelak, insyaALLAH. Jujurnya, saya sememangnya menyukai dengan program-program seperti ini. Kelak, apabila bergelar guru, ianya menjadi nilai tambah bagi saya dan rakan-rakan kerana ilmu yang diperolehi amat berguna untuk dipraktikkan.

 

Dr Salihan, pensyarah yang tidak asing lagi dalam fakulti sains, menyampaikan ceramah mengenai tugas guru di sekolah kelak dan kesilapan-kesilapan major dan minor yang boleh diperbaiki. Pendedahan dan olahan yang cukup menarik saya kira, melihat kepada pengalaman sebagai bekas guru, pensyarah dan pendidik maka saya merasakan kesesuaiannya dengan penceramah yang menyampaikannya. ALHAMDULLILAH. Satu teknik baru yang diperkenalkan oleh beliau mengenai cara mengajar secara interaktif. Kagum melihat kesungguhan senior-senior walaupun majoritinya agak ‘liat’ untuk turut serta namun akhirnya masing-masing tersenyum puas dengan pengisian yang diberikan.

 

Beliau telah memanggil 20 orang senior untuk kehadapan dan diberi kata kunci untuk dihafal secara beramai-ramai. Akhirnya dibentuk menjadi satu konsep yang jelas mengenai fotosintesis. Mudah pendekatannya, hanya mengambil masa 12 minit sudah cukup menjelaskan dengan cepat, mudah dan senang diingati mengenai konsep fotosintesis. Satu lagi ilmu baru buat saya dan sahabat-sahabat yang pergi.

 

Realitinya, apabila telah mengambil keputusan untuk berundur dalam dunia debat, maka saya rasakan perlunya alternatif untuk mendapatkan informasi-informasi baru secara cepat dan efektif untuk saya. Andai dulu brainstorming mengenai tajuk-tajuk yang berat perlu diadakan, maka kali ini saya berusaha meggantikannya dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini yang disediakan. Semuanya terpulang kepada diri kita.

 

Moga esok, ada lagi ilmu baru untuk kami, dan bakal dikongsi dengan anda semua!  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s