Daruratnya berubat

Assalamualaikum..

Sengaja saya memilih entry mengenai perubatan untuk sama-sama kita peroleh pengetahuan segera mengenai rukhsah dalam berubat. Mungkin jika dahulu saya memilih untuk berada dalam bidang perubatan dan mengenepikan tawaran menjadi cikgu, saya tidak punya idea atau masa untuk menulis sesuatu mengenai perubatan. Itulah hikmah yang dijanjikan, datang dengan pelbagai cara dan keadaan. Maka hari ini jika saya bergelar sebagai cikgu maka tidak mustahil pada masa hadapan saya mampu bergelar sebagai dr dan cikgu.

Baik, tinggalkan sementara mengenai cita-cita, kita fokuskan mengenai rukhsah dalam berubat…

Daruratnya berubat, iaitu ketergantungan sembuhnya suatu penyakit pada memakan sesuatu dari barang-barang yang diharamkan itu. Dalam hal ini para ulama fiqih berbeza pendapat. Di antara mereka ada yang berpendapat, berubat itu tidak dianggap sebagai darurat yang sangat memaksa seperti halnya makan.

Pendapat ini didasarkan pada sebuah hadis Nabi yang mengatakan: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

Sementara mereka ada juga yang menganggap keadaan seperti itu sebagai keadaan darurat, sehingga dianggapnya berubat itu seperti makan, dengan alasan bahawa kedua-duanya itu sebagai suatu keharusan kelangsungan hidup. Dalil yang dipakai oleh golongan yang membolehkan makan haram kerana berubat yang sangat memaksakan itu, ialah hadis Nabi yang sehubungan dengan perkenan beliau untuk memakai sutera kepada Abdur-Rahman bin Auf dan az-Zubair bin Awwam yang justru kerana penyakit yang diderita oleh kedua orang tersebut, padahal memakai sutera pada dasarnya adalah terlarang dan diancam.

Barangkali pendapat inilah yang lebih mendekati kepada jiwa Islam yang selalu melindungi kehidupan manusia dalam seluruh perundang-undangan dan rekomendasinya.

Tetapi berkenaan (rukhsah) dalam menggunakan ubat yang haram itu harus dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:

1. Terdapat bahaya yang mengancam kehidupan manusia jika tidak berubat.
2. Tidak ada ubat lain yang halal sebagai ganti ubat yang haram itu.
3. Adanya suatu pernyataan dari seorang dokter muslim yang dapat dipercaya, baik pemeriksaannya mahupun agamanya (i’tikad baiknya).

Realitinya, hasil penyelidikan para doktor, bahawa tidak ada darurat yang membolehkan makan barang-barang yang haram seperti ubat. Tetapi mereka menetapkan suatu prinsip di atas adalah sekadar ikhtiyat’ (bersiap-siap dan berhati-hati) yang sangat berguna bagi setiap muslim, yang kadang-kadang dia berada di suatu tempat yang di situ tidak ada ubat kecuali yang haram.

Besar lagi untuk dibincangkan sebenarnya. cuma saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang ini. insyaALLAH, saya cuba bawakan entry-entry lain andai ianya sesuai di kongsikan bersama

Advertisements

One thought on “Daruratnya berubat

  1. Salam,
    Kebelakangan ini aliran perubatan juga telah bercambah. Sewajarnya, aliran perubatan yang berkesan (berbanding yang sedia ada) dicari dahulu sebelum berbandin menggunakan istilah-istilah hukum agama sebagai pemudahcara. Aliran perubatan komplimentari ini juga, kebanyakkan tidak berbahaya malah bersih dari sudut syariat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s