Archive | February 10, 2008

Nilai yang harus dibayar

Maksud sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a :

Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid.”

Keterangan

masjid-kristal-terengganu.jpg

 

Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Perasmian yang cukup gah pada malam itu terasminya taman tamadun islam. ALLAHURABBI. Fakta ringkas mengenai pembinaan taman tamadun islam ini :

masjid-kristal.jpg

1) Masjid Kristal adalah sebuah masjid yang dibina di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Wan Man.

2)Ianya merupakan satu juzuk dari himpunan yang dinamakan Taman Tamaddun Islam.

3)Menelan belanja kira-kira RM250 juta. Pembinaannya diserahkan kepada Patrick Lim. ( fakta dari laman web)

Pembinaan yang memakan berjuta-juta ringgit seharusnya direalisasikan dengan imarahnya masjid itu. Semuanya mempunyai nilai yang harus dibayar, jika tidak di dunia, di akhirat nanti pasti tidak terkecuali.
 

Cuti pendek

Alhamdullilah, saya baru menghabiskan percutian selama 6 hari di rumah sempena cuti tahun baru cina. Terubat kerinduan bersama mak dan abah, serta keluarga. Belum lagi dikira gelagat cilik adam dan sofea yang makin hari makin bijak dengan gelagat dan keletah baru.  Biarpun saya bakal mengadapi 4 ujian seawal pembukaan kuliah selepas cuti. Itulah kehidupan seorang pelajar, sistem orentasi peperiksaan akan terus dijalankan. Assignment saya menuntut disiapkan dalam kadar yang segera.

Cuti pendek yang diberikan sentiasa dirasakan tidak cukup dan jika diberi peluang sememangnya saya memilih untuk sentiasa bercuti. Itulah hakikat manusia. Nikmat yang sedikit jarang disyukuri. Apa-apapun hidup perlu diteruskan. Kadangkala kita hidup hanya untuk menghiburkan mereka yang lain. InsyaALLAH, jangan kita gusar dan sedih, natijahnya biarpun tidak dizahirkan didunia namun ganjaran di akhirat sentiasa menanti. Mari sama-sama kita teruskan kehidupan.

picture-117.jpg

my mom with adam and sofea