7 check point

Assalamualaikum wbt..

Agak lama dibiarkan sunyi blog saya daripada entry-entry baru. Silap sikap diri dan mengakui diri ini sebagai hamba yang dhaif.

“Mata pena lebih tajam daripada mata pedang”

Saya setuju dengan kata-kata ini. Hasil daripada bacaan jugalah saya rasakan lebih dekat dihati. Penat sudah berkata-kata, tidak pernah menang dalam hujah. Da’wah bil lisan, da’wah bil hal? mana lebih berkesan? masing-masing punya pandangan dan pendapat sendiri.

saya tinggalkan persoalan-persoalan tersebut.

Hari untuk melakukan discussion group bersama sahabat-sahabat terdekat saya dirasakan terlampau cepat. Saya berperang dengan tuntutan dunia dan hak-hak dengan sahabat-sahabat. Tinggal lagi kurang daripada sejam akan bermulanya discussion kami. Akhirnya saya capai sebuah buku tulisan tok guru “NOTA BUAT DIRI” untuk mencari modal dikongsikan dengan sahabat-sahabat. Alhamdullilah, saya ringkaskan dan cernakan di dalam penulisan blog ini.

Carian pantas saya lakukan di dalam buku tersebut mencari bahan-bahan segera. Mudah dan mengingatkan kematian.. itulah perkongsian yang saya lakukan bersama sahabat-sahabat pada malam itu.

Antara perkara yang mesti diimani oleh setiap muslim adalah mengenai ‘sirat’ atau titian yang merentangi neraka jahanam. Semua antara kita akan melaluinya. Bezanya hanya gagal atau berjaya kita menjawab setiap persoalan di setiap check point yang disediakan.

Dalam bab titian ini pelbagai keadaan yang akan dilalui manusia dan ada dikalangan manusia yang dipanjangkan titian itu bagi mereka, dan ada pulanya gagal melaluinya lalu gugur ke dalam neraka.  Saya ceritakan check point-check point yang kita semua bakal lalui. Jalannya cukup mudah bagi yang beriman dengan kondisi sehelai rambut dibelah tujuh.

Check point 1:

Kita akan ditanya mengenai syahadah kita. Sejauh mana kita bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan nabi muhammad utusan ALLAH. Inilah kalimah yang dipegang namun interprestasinya sejauh mana dalam diri kita?

Check point ke 2:

Tentang solat. Sejauh mana khusyuknya dalam kita menunaikan solat sehari semalam 5 waktu? Adakah kita semua hanya mampu kusyuk dalam satu rakaat sahaja atau tidak pernah khusyuk sepanjang kita mengenal erti solat? belum lagi bab ditanya tentang waktu-waktu yang kita tinggalkan.

Check point ke 3 :

Ibadah puasa. Kewajipan berpuasa bukan sahaja pada bulan ramadhan. Ditambah dengan ibadat-ibadat puasa sunnat isnin dan khamis dan dalam bulan-bulan islam yang lain.Namun perlaksaan ibadat puasa kita hanya sekadar lapar dan dahaga dan anggota-anggota kita yang lain bebas melakukan zina-zina kecil.

Check point ke 4 :

Mengenai zakat. Tuntutan mengenai menunaikan ibadat zakat bukan sahaja zakat fitrah dihari raya, tapi sudah tentu pada saat kita bekerja zakat harta dan zakat perniagaan yang seharusnya ditunaikan. Seringkali kita terlepas pandang mengenai ibadah ini.

 Check point ke 5:

Wang. Kenapa telah kita belanjakan wang yang kita perolehi dan adakah cara yang kita perolehi wang tersebut secara halal? Belum termasuk lagi wang yang kita hutang dan belum lagi dilangsaikan

 Check point ke 6 :
Ibadah wudhu’ dan mandi wajib. Nampak mudah. Hakikatnya ianya berkait rapat dengan amal ibadah kita seharian. Andainya tidak sah wudhu’ kita dan mandi wajib ianya juga membawa tidak sah kepada ibadat-ibadat kita yang lain. Adakah kita benar-benar mencerna erti ibadah wudhu’ dan mandi wajib? sejauh mana kita mengetahui cara-cara perlaksanaannya?

Check point ke 7 :

Kezaliman terhadap manusia. Check point ini dikatakan ramai manusia yang gagal melaluinya. dalam kita merencanakan kehidupan seharian adakah kita telah menunaikan hak-hak seorang hamba kepada ALLAH, umat kepada rasullah SAW, anak kepada ibu dan ayah, sahabat kepada sahabat dan banyak lagi hak-hak yang perlu kita tunaikan? Kezaliman yang kita lakukan seharian tanpa kita sedar dan masihkah ada waktu untuk kita memperbaikinya.

Begitulah keadaan dan check-check point yang memang telah dijanjikan oleh ALLAH kepada kita.  Pengisian sedikit yang boleh dijadikan ukuran buat kita mengenai kesedian kita untuk melalui titian sirat tersebut.

Tepuk dada tanya iman?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s